awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis tahan suspek pertama warga Vietnam - KPN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/02/2017
10:00 MYT
Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis tahan suspek pertama warga Vietnam - KPN
Tangkapan ke atas suspek berusia 29 tahun itu dilakukan pukul 8.20 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). - Foto BERNAMA
Polis hari ini menahan seorang wanita warga negara Vietnam yang dipercayai suspek pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut berkata tangkapan ke atas suspek dengan nama ‘Doan Thi Huong’, berusia 29 tahun dilakukan pukul 8.20 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
"Suspek secara positif dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berseorangan ketika ditahan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Jelasnya, siasatan kes tersebut masih dilakukan dan sebarang tindakan terhadap suspek akan dibuat mengikut lunas undang-undang.
BACA: Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dibunuh di Malaysia
BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?
BACA: Mayat lelaki dipercayai Kim Jong Nam dibawa ke HKL untuk dibedah siasat
Tindakan itu susulan usaha polis yang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dilaporkan berkata, wanita berkenaan dikatakan menyerkup muka Jong Nam dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun sebelum melarikan diri.
Topic Berkaitan
#dibunuh di KLIA
#dibunuh di Malaysia
#Khalid Abu Bakar
#kim jong nam
#Kim Jong-un
#Pemimpin Korea Utara
#polis Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan