awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendedahan audio: Semua pihak berhak suarakan pendapat - SPRM

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/01/2020
21:59 MYT
Pendedahan audio: Semua pihak berhak suarakan pendapat - SPRM
Latheefa bercakap pada sidang media dalam Program Ramah Mesra SPRM Perak Bersama Media di sebuah pusat beli-belah di Ipoh malam tadi. --fotoBERNAMA
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhak membuat apa-apa tindakan dan menyuarakan komen terhadap pendedahan rakaman audio yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah, sesiapa sahaja termasuk orang ramai berhak memberi komen berhubung tindakan SPRM yang pada Rabu mendedahkan konspirasi jenayah peringkat tertinggi itu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.
Menurutnya, beliau tidak perlu menjawab semua persoalan yang dibangkitkan susulan pendedahan yang dibuatnya, kerana ia telah dijelaskan dalam sidang media pada pagi itu.
"Saya ada satu sahaja jawapan, itu hak dia. Itu hak dia untuk membuat apa-apa tindakan. Itu sahaja.
"(Ada yang kata, ia berkaitan) itu hak mereka, saya tak mahu komen. (Sekarang ini katanya PRK Kimanis) itu hak mereka untuk komen, saya tak mahu komen," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Ramah Mesra SPRM Bersama Media di sini malam tadi, ketika diminta mengulas respons beberapa pihak susulan pendedahan sembilan klip rakaman audio yang menurutnya dilakukan demi kepentingan awam.
BACA: Pemintasan telefon diluaskan kuasa ketika zaman Najib
BACA: Najib pertikai intipan perbualan, pendedahan SPRM
BACA: "Saya terkejut dengan pendedahan ini" - Najib Razak
BACA: 'I have nothing to say' - Rosmah Mansor
Najib dalam laman Facebook miliknya mempertikaikan tindakan SPRM kerana mendedahkan bukti audio yang beliau sifatkan dibuat secara haram dan tidak sah.
Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan kenapa pendedahan itu dibuat SPRM dan bukannya pihak polis.
Beliau juga mendakwa perkara berkenaan tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara ini, selain mempersoalkan pendedahan terbabit dibuat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.
Pada masa sama, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, pihaknya sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap SPRM dan Latheefa kerana mereka didakwa subjudis dan menghina mahkamah.
Topic Berkaitan
#bukti
#haram
#hina mahkamah
#jenayah
#jenayah peringkat tertinggi
#konspirasi
#Latheefa Koya
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#pendedahan
#polis
#rakaman audio
#Rasuah
#SPRM
#subjudis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan