Pembongkaran kes buli dua pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus membawa kepada pendedahan seorang lagi kes buli di kolej sama.

Mangsa, pelajar tahun dua Mohammad Lokman Hakim Mohd Shukri kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurut Mohammad Lokman, dia dibelasah hampir sejam pada Isnin malam sebelum kejadian yang menimpa Ahmad Zikril Azmin Hasbullah dan Wan Ahmad Faris Wan Zakaria.

Menurutnya, walaupun merayu agar dilepaskan,mereka langsung tidak mengendahkanya.

BACA: Buli Terengganu: 15 suspek direman empat hari

Perkara itu disedari guru pada keesokan harinya ketika berada di dalam kelas.

Beliau kemudian dimasukkan ke wad di HSNZ untuk rawatan lanjut akibat kecderaan di bahagian badan.

Sementara itu,seorang lagi mangsa yang masih dirawat di hospital sama berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya,pihak hospital masih menjalankan pemeriksaan lanjut.