Seramai 7,268 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan mengundi esok.
Daripada jumlah itu, 6,690 pemilih adalah dalam kalangan anggota tentera dan pasangan mereka manakala 578 adalah anggota polis.
Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor berkata kesemua tiga pusat pengundian awal itu, di Kem Segenting, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) membabitkan 13 saluran mengundi akan dibuka mulai 8 pagi sehingga 5.30 petang.
"Bagaimanapun tiga saluran di IPD Port Port Dickson iaitu khemah A, B dan C akan ditutup awal pada pukul 12 tengah hari kerana kekurangan jumlah pengundi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan dan pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut.
PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong, kesemuanya di Selangor, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada PRU14, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undang Negeri iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (Barisan Nasional) dan Sri Tanjung (PKR).
SPR menetapkan Sabtu ini (13 Okt) sebagai hari pengundian.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). -- Bernama
Bernama
Mon Oct 08 2018
Seramai 7,268 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson akan mengundi esok. - Astro AWANI/Shahir Omar
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
PRN: 11,294 warga polis, tentera dan keluarga mengundi awal di Pulau Pinang
Seramai 11,294 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, Selasa ini.
PRU15: Ismail Sabri pesan pengundi awal buat pilihan tepat
Tempoh mentadbir negara selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kegagalan pihak pembangkang dalam mentadbir negara.
PRU15: Seramai 224,828 pengundi awal jalankan tanggungjawab esok - SPR
Sejumlah 224,828 orang pengundi awal akan menjadi kumpulan pertama mengundi pada proses pengundian di 578 Pusat Mengundi Awal bagi PRU15 dan PRK DUN Bugaya, esok.
PRN Johor: 2.57 juta pengundi biasa layak mengundi
Berdasarkan statistik SPR, pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, 11,578 pula anggota polis dan pasangan mereka.
PRN Sarawak: Berbaki 17 pengundi belum hadir di IPD Kapit
Kesemua mereka yang mengundi di IPD Kapit pada kali ini merupakan daftar pemilih bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram.
PRN Sarawak: 23,043 pengundi awal buang undi esok
Seramai 23,043 pengundi akan mengundi awal esok membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
PRN Melaka: 21 pusat pengundian awal ditutup pukul 2 petang
Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) ditutup pada pukul 2 petang ini.
PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini
SPR meminta agar semua yang terlibat pada hari tersebut tidak mengabaikan undang-undang, peraturan dan SOP pencegahan COVID-19 semasa hari pengundian.
Tanjung Piai Memilih: 280 anggota polis mula undi awal
Proses pengundian awal mengambil tempat di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, dengan dua saluran dibuka iaitu untuk N55 Pekan Nanas, dan N66 Kukup.
Penentuan nasib 5 calon PRK Sandakan bermula
Penentuan nasib lima calon yang bertanding pada PRK Sandakan bermula secara rasmi 8 pagi ini apabila 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal.