Penentuan nasib lima calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan bermula secara rasmi 8 pagi ini apabila 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal.
Dua pusat mengundi dengan dua saluran dibuka tepat jam 8 pagi iaitu di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dan Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.
Pusat Pengundian Awal di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan akan ditutup tepat jam 2 petang dengan menyaksikan seramai 192 anggota polis layak menunaikan tanggungjawab mereka.
Manakala di Rumah Kelab IPD Sandakan akan ditutup tepat jam 12 tengah hari apabila hanya 78 anggota polis akan mengundi di pusat tersebut.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dan beberapa lagi Ahli-Ahli SPR dijangka akan hadir memantau perjalanan proses undi awal tersebut.
Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh setiap ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang terdiri daripada wakil organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan yang telah dilantik oleh SPR.
Malah, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara langsung menerusi Facebook SPR.
Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian Sabtu ini di pusat pengiraan undi berkelompok di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya.
PRK ini menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu Vivian Wong Shir Yee mewakili DAP, Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 06 2019
Dilihat meja disusun atur di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin pada Isnin. Seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi pada PRK Sandakan hari ini. - BERNAMA
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Penentuan nasib 5 calon PRK Sandakan bermula
Penentuan nasib lima calon yang bertanding pada PRK Sandakan bermula secara rasmi 8 pagi ini apabila 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal.