Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayar sebuah syarikat bagi menjalankan kerja-kerja menilai sentimen komuniti Cina terhadap kerajaan ketika itu, serta isu-isu yang menjadi perhatian mereka, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketika memberi keterangan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Rita Sim Sai Hoon, yang juga pengasas dan pengarah Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd (CENSE) berkata, kebiasaannya arahan berhubung tugas berkenaan banyak diberikan oleh (Allahyarham) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis ketika itu.
“Apabila kami berbincang dengan beliau (Jamaluddin), kami beritahu beliau bahawa CENSE boleh memantau dan menganalisa segala perbincangan berhubung artikel yang dikeluarkan syarikat akhbar Cina serta laman-laman web berkaitan,” katanya ketika disoal balas peguam belas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Sim menjelaskan bahawa CENSE telah menjalankan kerja-keja pemantauan dan analisis terhadap artikel yang dikeluarkan enam suratkhabar Cina terbesar iaitu Sin Chew Daily, Nanyang Siang pau, China Press, Oriental Daily, Guang Ming Daily, Kwong Wah Jit Poh, and also Oriental Daily.
Selain itu, syarikatnya turut membuat kajian mengenai polisi yang bersesuaian dengan masyarakat Cina, sebelum dihantar ke Pejabat Perdana Menteri untuk perhatian lanjut.
Sebelum ini pihak pendakwa raya telah membuktikan bahawa CENSE menerima wang sebanyak RM300,000 melalui cek dari akaun AmBank dipercayai milik Najib pada 2015.
Ketika disoal sama ada terdapat perubahan daripada kerajaan berhubung kehendak masyarakat Cina berdasarkan laporan CENSE ketika itu, Sim menjawab tidak pasti, tetapi mengakui terdapat pertambahan peruntukan untuk sekolah vernakular dan perusahaan kecil sederhana (SME) kaum Cina.
Seorang lagi saksi, Datuk Wong Nai Chee memberitahu Mahkamah Tinggi, bahawa beliau telah mendapat sekeping cek bernilai RM238,914 dari Najib untuk dibayar kepada Tan Sri Lim Soon Peng.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mengenai tujuan pembayaran itu, Wong, yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, ia adalah untuk diberikan kepada dua syarikat yang mengendalikan akaun Facebook “Ah Jib Gor”, serta penerbitan artikel berbahasa Cina khusus untuk menerangkan polisi kerajaan Barisan Nasional.
Ditanya lebih lanjut mengenai karakter Lim, Wong berkata, Lim merupakan seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di kalangan akar umbi, dan aktif dalam membantu golongan kuran gupaya, kuil, serta persatuan bukan kerajaan.
“Lim merupakan orang akar umbi, beliau mempunyai hubungan terus dengan golongan akar umbi,” kata Wong lagi.
Firdaus Azil, Saraya Mia
Tue Apr 23 2019
Najib Razak membayar sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja menilai sentimen kaum Cina pada kerajaan yang dipimpinnya. - Gambar Astro AWANI
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.