RHB Banking Group telah meluluskan permohonan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) sebanyak RM500 juta kepada lebih 700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi membantu mengurangkan masalah aliran tunai jangka pendek mereka berikutan pandemik COVID-19.
SRF merupakan sebahagian daripada dana Bank Negara Malaysia berjumlah RM5 bilion, yang disediakan di bawah Program Bantuan Sokongan Kewangan RHB PKS untuk kelangsungan operasi perniagaan, pengekalan pekerjaan serta menyokong pertumbuhan ekonomi semasa dalam keadaan getir ini.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli dalam satu kenyataan berkata, RHB telah meluluskan lebih 700 permohonan SRF daripada 1,500 permohonan yang diterima, dengan nilai melebihi RM500 juta.
"Bilangan tertinggi kelulusan yang diberikan adalah daripada sektor perdagangan borong dan runcit, sebanyak 31 peratus dengan jumlah keseluruhan kemudahan sebanyak RM155 juta.
"Ini diikuti sebanyak 16 peratus daripada sektor pembuatan dengan nilai RM79 juta, manakala selebihnya merangkumi PKS daripada pelbagai sektor perkhidmatan," katanya.
Katanya, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan modal kerja sehingga RM1 juta pada kadar pembiayaan sebanyak 3.5 peratus setahun merangkumi yuran jaminan, dengan tempoh maksimum sehingga 5.5 tahun termasuk tempoh enam bulan moratorium.
Fasiliti ini disediakan di bawah pembiayaan bertempoh dan mempunyai 80 peratus jaminan perlindungan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaaan Perniagaan Bhd (SJPP).
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pemilik perniagaan boleh mengemukakan permohonan untuk SRF melalui platform pembiayaan dalam talian PKS RHB, kata Khairussaleh.
Buat masa sekarang, hampir separuh daripada kelulusan SRF membabitkan mereka yang mempunyai hubungan pembiayaan baharu dengan RHB.
Kumpulan telah menyaksikan sebanyak 36 peratus daripada permohonan SRF dibuat melalui platform dalam talian dan menggalakkan PKS agar terus menggunakan platform sedemikian semasa dalam tempoh PKP ini.
"Platform pembiayaan dalam talian PKS RHB membolehkan pengalaman aplikasi yang mudah, cepat dan lancar dengan paparan pemuka yang mesra pengguna, yang mana semua input data dan prosedur persetujuan boleh dilakukan secara digital.
"Dalam hari-hari dan minggu yang akan datang, kami juga akan secara proaktif berhubung dengan pelanggan PKS kami melalui Webinar atau Zoom untuk menerangkan mengenai permohonan SRF serta memberi nasihat mengenai pengurusan kewangan dalam tempoh yang paling mencabar ini," katanya lagi. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Bilangan tertinggi kelulusan yang diberikan adalah daripada sektor perdagangan borong dan runcit. Gambar fail/ Bernama
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.