KUALA LUMPUR:Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu berkuatkuasa 24 Oktober ini.

Selain perkembangan itu, berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (22 Oktober 2020):

1) Seramai 636 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Pihak berkuasa berjaya menahan 27 pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas sembilan kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

3)  PKPD dilaksanakan di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu mulai 24 Oktober sehingga 6 November depan.

4) PKPD di enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak dilanjutkan bermula 24 Oktober sehingga 6 November depan.

5) PKPD dilaksanakan di lima penjara Zon Utara dan empat penjara di Zon Selangor serta kuarters perumahan penjara tersebut berkuatkuasa 22 Oktober sehingga 4 November.