PUTRAJAYA:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah yang dilanjutkan bermula 14 September lepas akan ditamatkan hari ini, 27 September 2020 seperti yang telah dijadualkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas tiada penambahan kes baru positif COVID-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari sejak 14 September 2020.

Berikut adalah fokus utama kenyataan media beliau pada Ahad, 27 September 2020:

1. PKPD secara Pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah yang dilanjutkan bermula 14 September 2020 akan ditamatkan pada hari ini, 27 September 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

2. Pada 26 September 2020, PDRM telah menahan 523 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

3. Daripada jumlah itu, seramai 483 individu telah dikompaun manakala 40 direman.


4. Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 75 PATI. Turut berjaya dirampas 3 kenderaan darat.

5. Sejak 24 Julai sehingga 26 September 2020, seramai 35,991 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 Hotel dan 9 premis lain.