awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh pemilik bengkel kereta, empat lelaki direman

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
17/09/2020
05:52 MYT
Bunuh pemilik bengkel kereta, empat lelaki direman
Kesemua suspek berjaya ditahan selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengesan mereka di Pulai, Johor. - Astro AWANI
Empat lelaki berusia 30 hingga 36 tahun direman empat hari kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemilik bengkel kereta di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Sabtu lalu.
Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Nadhirah Abdul Rahim bermula hari ini sehingga 20 September bagi membantu siasatan pihak polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritenden Shamsudin Mamat menjelaskan, keempat-empat suspek berjaya ditahan selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengesan mereka di Pulai, Johor.
Kesemua mereka yang sebelum itu telah melarikan diri selepas dipercayai membunuh mangsa di bengkel kenderaan di Bandar Amanjaya, kemudiannya dibawa ke IPD Kuala Muda.
Dalam kejadian yang berlaku 12 September lalu, seorang pemilik bengkel maut ditetak dalam kejadian di bengkel mengecat kereta miliknya di Bandar Amanjaya Zon Anggerik kira-kira jam 1.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
Menurutnya, mangsa diserang oleh beberapa individu menggunakan senjata tajam berkemungkinan bermotifkan balas dendam dan dipercayai tiada kaitan dengan kes rompakan.
Ketika kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah cuba melarikan diri ke kedai besi bersebelahan sehingga mengejutkan dua pekerja warga asing yang sedang tidur.
Bagaimanapun, setelah dua pekerja asing itu memeriksa kawasan berdekatan, mereka menemui mangsa yang sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#amanjaya
#jenayah
#kes bunuh
#kuala muda
#mangsa
#PDRM
#pemilik bengkel
#polis
#Sungai Petani
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan