Sepuluh negara anggota ASEAN mesti berusaha keras untuk menurunkan tarif di rantau ini kepada sifar selain memansuhkan halangan bukan tarif, memandangkan tidak ada pilihan lain untuk mewujudkan ekonomi yang lancar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ASEAN sudah melangkah jauh ke hadapan sejak 50 tahun lepas dengan menggandakan ekonomi sebanyak 28 kali, daripada US$87.2 bilion (RM380 bilion) pada 1975 kepada US$2.5 trilion (RM10.88 trilion) pada 2014 dan kini mengunjurkan peningkatan kepada US$9.2 trilion (RM40 trilion) menjelang 2050, menjadikannya kumpulan ekonomi keempat terbesar di dunia.
"Ini angka yang besar dan kedudukan yang mengagumkan. Namun, kita belum merealisasikannya. Cabaran besarnya ialah memastikan usaha berterusan dalam penyepaduan ekonomi individu kita, yang penting bagi ASEAN itu sendiri, untuk menjadi pasaran dunia yang penting.
"Perjalanan kita masih jauh," katanya hari ini dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kemakmuran Untuk Semua anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ke-30 ASEAN di sini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ASEAN perlu menurunkan tarif perdagangan yang masih wujud.
Beliau memetik angka Pertubuhan Perdagangan Dunia yang menunjukkan tarif ASEAN adalah pada purata empat peratus pada 2015.
"Tindakan menurunkannya kepada sifar mesti diteruskan bersungguh-sungguh," katanya kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menyertai persidangan itu.
Rantau ini juga mesti berusaha memudahkan perdagangan sesama ASEAN.
"Bagi merealisasikan angka US$9.2 trilion itu menjelang 2050, perlu ada pengurangan 20 peratus kos tetap perdagangan. Kita mesti berusaha memudahkan tindakan seperti jendela tunggal nasional yang lancar dan dihubungkan dengan jendela tunggal ASEAN serta menyeragamkan prosedur kastam," kata Najib.
Yang lebih penting, halangan bukan tarif (NTB) dan Langkah (bukan tarif) (NTM) -, yang dikenali sebagai ''malah kedegilan seluruh dunia'', mesti dikurangkan atau dimansuhkan sama sekali.
Perdana Menteri berkata antara 2000 dan 2015, NTB dan NTM di ASEAN sebaliknya meningkat - daripada 1634 langkah kepada 5975.
"Ini perlu disemak dan diterbalikkan. Untuk ASEAN merealisasikan sasaran ekonomi US$9.2 trilion, NTB dan NTM mersti dikurangkan sebanyak 50 peratus.
"Tidak ada pilihan jika kita mahu merebut sasaran itu. Sangat besar dan usaha secara bersepadu perlu bagi menangani masalah ini.
"Ia sangat penting, kerana tanpa kejayaan ekonomi, tidak ada apa-apa untuk dikongsikan," katanya.
Turut hadir bekas Presiden dan Anggota Kongres Parlimen Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan Presiden Penasihat Keusahawan dan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Jose A. Concepcion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 hari ini. - Foto Bernama
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.