Polis Johor mencari 75 individu yang pernah menghadiri perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur atau mereka yang mempunyai hubungan dengan jemaah yang penyertai perhimpunan itu.

Mereka termasuk 29 warganegara Bangladesh, 10 etnik Rohingya dan 8 rakyat Thailand yang akan dijejaki sekiranya masih enggan menyerah diri untuk melakukan saringan kesihatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pithchay berkata, pihaknya menyeru kepada Jemaah-jemaah berkenaan untuk segera membuat pemeriksaan saringan kesihatan di hospital.

Bagaimanapun,sekiranya ingkar, polis, kata beliau, akan mencari mereka sehingga ke ‘lubang cacing’.

"Orang tabligh ini orang yang dikaitkan dengan mematuhi agama , kalau benar dia benar berpegang dgn ajaran agama Islam, dia kena bertanggungjawab. Jangan pula bagi alasan tak munasabah… sepatutnya pergi ke klinik atau hospital buat saringan, soal jangkiti atau tidak itu soal kedua.

“Polis ini banyak tugas lain, kalau kita nak fokus cari dia orang (Jemaah) kita akan abaikan tugas lain, satu kerja pulak nak cari .. tapi saya nak tegaskan kita akan cari dia orang sampai ke ‘lubang cacing’. Itu komitmen yang kita akan beri. Jadi eloklah yang mana ada dikaitkan pergi (perhimpunan) atau berkait dengan tabligh, elok serah diri,” kata Ayob Khan.

BACA: COVID-19 ragut nyawa ke-11

BACA: COVID-19: Topeng muka percuma untuk orang ramai - PM

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan Op COVID bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Tampoi, di sini.

Menurut Ayob, terdapat seramai 1,450 jemaah tabligh di negeri itu yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh pada hujung Februari lalu.

Daripada jumlah tersebut, 1,375 jemaah telah dikesan dan menjalani saringan kesihatan.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati, 1,346 negatif COVID-19 manakala 29 jemaah lain positif sementara seorang kritikal dan seorang lagi meninggal dunia.

BACA: COVID-19: RM600juta beli peralatan perubatan, lantik kakitangan KKM baharu

BACA:
COVID-19: Pencarum KWSP dibenar keluar RM500 sebulan bermula 1 April