Polis Sarawak hari ini menyangkal catatan di Facebook berkenaan amaran polis kononnya terdapat sekumpulan penculik sedang aktif mencari mangsa di negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata catatan itu yang menyebut amaran polis khususnya kepada pihak sekolah, agar berhati-hati dengan dua wanita yang juga sebahagian daripada sindiket penculikan kanak-kanak, adalah palsu.
Beliau berkata catatan palsu itu turut disertakan dengan gambar dua wanita berkulit gelap dan dua lakaran kononnya wanita yang terlibat dalam sindiket itu.
"Hasil siasatan lanjut mendapati cerita dan lakaran dua wanita tersebut sebenarnya adalah cerita dari luar negara," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Dev berkata sehubungan itu pihak polis menahan dua lelaki, tahanan pertama dibuat pada 11:30 pagi semalam dan kedua pada 2 pagi hari ini.
"Dua individu terbabit, seorang pengawal keselamatan dan seorang pemandu, keduanya berusia 25 tahun, mengaku bahawa mereka menyalin catatan tersebut daripada akaun Facebook lain," katanya.
Beliau berkata kedua-dua pemilik akaun Facebook itu disiasat bagi kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2017
Dev Kumar berkata, dua individu terbabit mengaku bahawa mereka menyalin catatan tersebut daripada akaun Facebook lain. Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Forum Kandungan kupas sensitiviti penggunaan agama dalam pemasaran
Panelis berkongsi pandangan mengenai penggunaan agama yang mengeksploitasi dan tidak bersesuaian dalam kandungan promosi.
Polis sangkal dakwaan penculik kanak-kanak berkeliaran
Catatan itu yang menyebut amaran polis khususnya kepada pihak sekolah, agar berhati-hati dengan dua wanita yang juga sebahagian daripada sindiket penculikan kanak-kanak, adalah palsu.