JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.47 juta, menurut data dari Johns Hopkins University.

Ia menyaksikan pertambahan 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta, dengan jumlah kumulatif 1.66 juta.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Brazil, Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, Turki, India, Peru dan Iran.

Sementara itu, Kanada merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing merekodkan 86,000 dan 84,000 kes.