Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba mengelar leher ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Kuala Nerang semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris berkata dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang berusia 70 tahun sedang berehat di ruang tamu sebelum suspek berusia 35 tahun tersebut datang ke arah mangsa.
"Suspek telah mengambil sebilah sabit kecil dan cuba mengelar leher mangsa namun mangsa berjaya menepis tangan suspek. Selepas itu, berlaku pergelutan hingga menyebabkan lutut bahagian kanan mangsa cedera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan manakala suspek diberkas polis di rumah sama pada 11.15 malam selepas menerima laporan.
"Suspek yang mempunyai dua rekod lampau itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan motif perbuatan adalah kerana suspek ingin mendapatkan wang daripada ibunya bagi membeli dadah jenis syabu dan heroin," katanya.
Suspek kini direman sehingga 5 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2019
Mangsa yang berusia 70 tahun sedang berehat di ruang tamu sebelum suspek berusia 35 tahun tersebut datang ke arah mangsa. - Gambar hiasan
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.