awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/06/2023
08:48 MYT
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Selain bomba, orang awam serta pemilik kedai membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api. - Foto JBPM
ALOR SETAR: Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, kesemua mereka berusia antara lima tahun hingga 54 tahun.
Keadaan bahagian dalam kereta yang terbakar. - Foto JBPM
Keadaan bahagian dalam kereta yang terbakar. - Foto JBPM
Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari.
"PGO kemudian mengarahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar keluar ke lokasi kejadian dan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya.
"Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan sebuah kereta terbakar pada bahagian dalam yang membabitkan tiga mangsa.
"Difahamkan, pemandu kereta itu melecur 80 peratus dan isterinya melecur 30 peratus manakala anak mereka melecur hampir 95 peratus.
"Tindakan pihak bomba adalah memastikan api dipadamkan sepenuhnya dan hasil maklumat yang diperolehi, kebakaran dipadamkan oleh orang awam serta pemilik kedai menggunakan alat pemadam api," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata, setakat ini penilaian peratusan kebakaran itu masih dalam siasatan.
"Peratusan kebakaran kereta Proton Wira terbabit dianggarkan 60 peratus.
"Operasi tamat pada 1.35 tengah hari dan punca kebakaran itu berlaku dalam siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#tiga beranak melecur
#kereta meletup
#kereta terbakar
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan