Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar

Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Polisi Hijau UMP dirasmikan Prof. Datuk Seri Daing Nasir Ibrahim - Foto AWANI Rangers UMP
GAMBANG: Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah dilancarkan oleh Prof. Datuk Seri Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor UMP selepas berlangsungnya Majlis Amanat Naib Canselor pada 19 Februari yang lalu .

Gimik pelancaran telah dijayakan oleh Kelab Ecosiswa UMP @ Kelab Alam Sekitar Lestari .

Pada 19 Disember 2017 yang lalu , UMP telah berjaya menempatkan diri diri di kedudukan ke-97 terbaik dunia dan keenam di Malaysia di dalam Penarafan UI GreenMetrics World University Ranking 2018 .
Sehubungan dengan itu , pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau dan diselaraskan dengan lebih berkesan.


Jawatankuasa ini akan memastikan kesemua tujuh perincian berada pada tahap yang terbaik antaranya ialah infrastruktur, tenaga dan perubahan alam, sisa, air, pengangkutan dan gaya hidup sihat.
Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHMO) UMP sebagai contoh ‘My Tapau’ dimana program ini mengajak mahasiswa untuk membawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan di kafetaria .

Kempen ini adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di dalam UMP .

Penggunaan penyedut minuman dan peralatan makanan yang boleh dipakai semula merupakan salah satu kempen yang dijalankan.

Rata-rata mahasiswa UMP yang ditemui amat berbangga dan menyokong usaha ini kerana ia dianggap sebagai sebuah inisiatif untuk mengurangkan penggunaan plastik.


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Nauwar Ali dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***AwaniRangers UPM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang.