awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia

Awani Rangers UM
Awani Rangers UM
20/03/2019
02:19 MYT
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Program ini menjadi penggerak penting dalam menyemarak semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar
Setelah kejayaan misi kemanusiaan sulung di Phattalung, Thailand tahun lepas, Borderless Aid Volunteering Project (Bravo) anjuran Kolej Kediaman Dayasari, Universiti Malaya (UM) akan diperluas ke Bojonegoro, Indonesia.
Ia akan disertai 48 orang pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan beberapa orang lagi mahasiswa UM bermula 20 hingga 25 Mac 2019 dengan matlamat utama untuk membangunkan infrastruktur sumber air bersih di bawah inisiatif Water Hope Care Project.
Pengarah Bravo, Khairul Asyraf Zukhairy, 23, berkata, misi kemanusiaan Bravo dianjurkan bagi menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memperkenalkan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG).
Program ini menjadi penggerak penting dalam menyemarak semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar
Program ini menjadi penggerak penting dalam menyemarak semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar
“Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
“Misi ini turut akan dibantu pakar geofizik UM dan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha mencari punca mata air dan sumber lain yang diharapkan dapat membantu menyelesaikan krisis penduduk itu,” katanya.
Di samping itu, misi akan turut melibatkan kerja baik pulih keadaan sekolah dan surau selaras objektifnya untuk mempertingkat tahap pendidikan dan penguasaan ilmu agama golongan sasarnya.
Ingin membantu? Anda boleh salurkan bantuan dalam bentuk kewangan mahupun barangan dengan menghubungi Setiausaha Bravo, Puteri Nursyakilla di talian 011-26224591.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dilanjutkan kepada pihak urusetia di alamat emel [email protected] atau terus ke lama rasmi Facebook Bravo (facebook.com/bravo.p17).

*Laporan ini disediakan AWANI Rangers Universiti Malaya, Laila Nur Jawahir Landong.
*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**AwaniRangers UM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaya melalui UM Cares.
Topic Berkaitan
#AWANI Rangers
#AWANIRangers
#Laila Nur Jawahir Landong
#UMCares
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan