Proses bagi mengeluarkan rangka utama pesawat tempur Hawk 108 M40-02 dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata apabila rangka utama itu dikeluarkan ia memudahkan lagi usaha mengenalpasti punca nahas.

Katanya selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM akan membuat lakaran kemungkinan keadaan sebenar pesawat berkenaan yang terhempas di kawasan berkenaan.

BACA: TUDM nafi tular dakwaan pesawat Hawk 108 bermasalah

BACA: Nahas Hawk 108: Selesaikan pencarian sebelum Syawal - Panglima Angkatan Tentera