Biarpun berdepan suasana ekonomi tidak menentu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melabuh tirai 2019 dengan merekodkan kutipan bayaran balik sebanyak RM2.07 bilion, berbanding RM2 bilion sasaran awal sebelum ini.
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata budaya membayar balik pinjaman PTPTN dalam kalangan peminjam meningkat kepada 82.5 peratus setakat 30 Nov lepas, berbanding 81.3 peratus pada 31 Dis 2018 dan ia dijangka akan terus bertambah hingga hujung tahun ini.
"Dalam tempoh itu PTPTN juga telah membantu seramai 172,863 pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) melalui pinjaman yang disediakan dan daripada jumlah itu seramai 78,755 (46 peratus) yang merupakan golongan B40 telah dibantu mengubah taraf hidup keluarga dengan merealisasikan cita-cita untuk ke menara gading," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Pada masa sama Wan Saiful berkata keuntungan pelaburan terkumpul Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 turut meningkat dengan jumlah RM151.5 juta setakat suku ketiga tahun ini, selaras dengan usaha membudayakan amalan menyimpan berbanding meminjam melalui instrumen tersebut.
Prestasi itu, katanya menunjukkan peningkatan 25.9 peratus berbanding RM120.3 juta bagi tempoh yang sama pada 2018.
Wan Saiful berkata untuk tempoh sama, jumlah deposit bagi akaun SSPN turut meningkat sebanyak RM126 juta atau 18.7 peratus, iaitu daripada RM671.9 juta tahun lalu kepada RM798 juta menjadikan deposit SSPN terkumpul keseluruhan sehingga November lepas berjumlah RM5.3 bilion.
"Sementara itu sebanyak 404,676 akaun baharu SSPN juga telah dibuka hingga 30 Nov lepas, dengan keseluruhannya sebanyak 4.32 juta akaun SSPN telah dibuka sejak ia dilancarkan pada 2004," katanya.
Wan Saiful berkata selain masih dapat mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015, PTPTN terus melakar sejarah sepanjang tahun ini apabila menerima anugerah daripada pelbagai agensi termasuk Sosial Media Excellence - Education Support sempena Malaysia Social Media Week (MSMW) 2019 dan Top DirectDebit Merchant sempena Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA) 2019.
Bagi pelaksanaan manifesto kerajaan pula, PTPTN melaksanakan 75 peratus daripada empat janji yang telah dibuat sebelum ini iaitu memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam, insentif cukai kepada majikan yang membantu membuat bayaran balik tanpa memotong gaji pekerja terbabit dan bayaran setimpal atau hutang dilupuskan seluruhnya untuk pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah.
"Bagaimanapun penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua yang bergaji kurang RM4,000 sebulan belum dapat dilaksanakan kerana di luar bidang kuasa PTPTN selain melibatkan implikasi besar kepada kewangan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 30 2019
WAN SAIFUL: Jumlah deposit bagi akaun SSPN turut meningkat sebanyak RM126 juta atau 18.7 peratus.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
PTPTN tutup tirai 2019 dengan pencapaian memberangsangkan
Budaya membayar balik pinjaman PTPTN dalam kalangan peminjam meningkat kepada 82.5 peratus setakat 30 November lepas.