Seorang bekas kerani Lembaga Tabung Haji (TH) dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman selama empat tahun selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan menerima rasuah.
Roslan Mohamed Som, 52, didapati bersalah menerima suapan wang tunai RM6,750 daripada Samsudin Ibrahim sebagai upah untuk menolong menguruskan 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010, supaya dapat menunaikan haji pada waktu itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim sebulat suara menolak rayuan terakhir Roslan hari ini.
Mohd Zawawi yang mengetuai panel itu memutuskan bukti mencukupi untuk menyokong sabitan Roslan.
Beliau mengekalkan keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM40,000 atau penjara enam bulan terhadap Roslan bagi kesalahan itu yang dilakukan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur antara 3.30 petang dan 4 petang pada 15 Julai 2010. Roslan membayar denda itu.
Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi, menyebabkan Roslan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Roslan, memohon mahkamah memberi ihsan kepada anak guamnya dan mengurangkan hukuman penjara kepada dua tahun memandangkan dia mempunyai dua anak dan tidak bekerja.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Hamzah berkata hukuman penjara empat tahun adalah berpatutan kerana hukuman penjara maksimum yang diperuntukkan di bawah undang-undang bagi kesalahan itu adalah 20 tahun.
Mohd Zawawi memerintahkan Roslan menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini, mengambil kira 15 hari tempoh penjara yang dijalaninya sejak 30 Jun tahun lepas apabila Mahkamah Tinggi menolak penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, mahkamah sama membatalkan rayuan yang dikemukakan Afizul Md Yasin, 39, bekas juruanalisis sistem, Jabatan Teknologi Maklumat TH terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM60,000 atau penjara 24 bulan selepas didapati bersalah membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji.
Peguam P.G. Cyril memberitahu mahkamah anak guamnya (Afizul) mahu menggugurkan rayuan itu.
Afizul didakwa membuat capaian ke pangkalan data TH tanpa kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana memasukkan rekod nama 27 jemaah haji menggunakan program komputer, antara Jun dan Julai 2010 di ibu pejabat TH.
Dia akan menjalani hukuman penjara lima tahun kerana gagal membayar denda.
Bernama
Mon Feb 06 2017
Seorang bekas kerani Lembaga TH dihantar ke penjara selepas gagal dalam rayuan terakhir untuk mengetepikan sabit kesalahan terima rasuah. - Gambar hiasan
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Rasuah: Bekas kerani TH diarah jalani hukuman penjara, selepas rayuan ditolak
Seorang bekas kerani Lembaga TH dihantar ke penjara selama empat tahun selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan menerima rasuah.
Mahkamah ganda hukuman penjara terhadap abang pengganas
Abang seorang pengganas Daish yang mengendalikan harta milik adiknya akan meringkuk lebih lama dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggandakan tempoh hukuman penjaranya.