Dua keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Sungai Masin apabila rumah mereka rosak teruk dihempap pokok dalam kejadian berasingan, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Genting Malek, sebuah rumah kayu didiami empat beranak hampir terbelah dua selepas pokok Macang tumbang menghempap bahagian tengah rumah berkenaan.
Mangsa, Norashikin Abd Aziz, 41 tahun, berkata, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang tidur dengan cuaca hujan lebat beserta angin kuat.
Menurutnya, dia dan suami, Mohd Ali Sampol, 48 tahun, tidur di bilik bersama anak perempuan berusia sembilan tahun manakala ibunya, Fauziah Abdul Aziz, 62 tahun, di ruang tamu.
"Ibu lebih suka di ruang tamu dan ketika kejadian, saya terjaga dari tidur selepas mendengar ibu menjerit memanggil nama saya (dipanggil dengan gelaran Ayong).
"Dengar saja ibu jerit Ayong, Ayong... mati mati!, Saya terus keluar dan terkejut bila nampak batang pokok depan mata dengan atap dah habis roboh.
"Syukur Alhamdulillah sebab tak kena ibu dan kami terpaksa keluar dari rumah ikut tingkap sebab batang pokok tu hempap dari dapur hingga pintu depan," katanya kepada Sinar Harian.
Suri rumah itu berkata, mereka segera ke surau berdekatan menemui bapanya yang tinggal di situ kerana bekerja di surau tersebut.
Menurutnya, selepas Subuh menunggu hari siang, mereka kembali ke rumah bagi melihat keadaan kejadian terbabit.
"Tergamam seketika bila tengok rumah hampir terbelah dua dan kereta Kancil di garaj juga remuk bahagian bumbung selain cermin retak.
"Ini adalah rumah datuk dan pokok macang di belakang rumah itu sudah ada sejak lebih 40 tahun lalu.
"Suaminya bekerja sebagai pemandu lori dan mereka tidak berkemampuan untuk mencari kediaman lain maka harap sangat pihak berkaitan dapat bantu bina rumah baharu," katanya.
Pokok hiasan hempap rumah tujuh beranak
Sementara itu dalam kejadian pada waktu sama di Jalan Semarak dekat sini, sebatang pokok hiasan di tepi jalan tumbang menghempap kediaman didiami tujuh beranak.
Mangsa, Muhammad Hafiz Mohd Anuar, 16 tahun, berkata, dia tidur di ruang tamu manakala kakak berusia 20 tahun dan datuknya, Kamarulzaman Mohd Nor, 72 tahun, di bilik berasingan ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, ibu dan ayah serta dua adik tiada di rumah namun dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.
"Saya terkejut dengar bunyi kuat dan bila bangun tengok atap dah roboh.
"Masa itu hujan lebat, habis dalam rumah air bertakung dan saya cepat-cepat ketuk bilik datuk dan kakak suruh mereka keluar rumah," katanya.
Bapanya juga seorang pemandu teksi, Mohd Anuar Kamarulzaman, 44 tahun, berkata, dia tiba di rumah beberapa minit selepas kejadian berlaku.
Katanya, tiada ahli keluarga tercedera dan pokok tumbang menyebabkan kerosakkan teruk pada bahagian atap selain harta benda.
"Tangki air dan struktur tandas juga pecah selain pecahan batu-bata di dinding bumbung yang bila-bila masa sahaja boleh jatuh.
"Rumah ini atas nama ayah dan kami tinggal di sini sejak 20 tahun lalu malah saya juga merupakan asnaf zakat yang menerima bantuan duit RM650 sebulan sejak enam tahun lalu.
"Di tepi rumah ada dua pokok hiasan yang besar dan tinggi dengan yang tumbang itu bukan patah di panggal tapi tercabut sekali dengan akar," katanya.
Mohd Anuar berkata, dia pernah membuat aduan kepada pihak berkenaan pada 27 Disember tahun lepas agar pokok tersebut ditebang kerana berisiko bahaya.
Menurutnya, pendapatan tidak menentu sebagai pemandu teksi menyebabkan dia tidak berkemampuan memperbaiki kerosakkan tersebut.
"Tiga anak masih bersekolah maka saya amat berharap agar pihak berkaitan dapat membantu kami kerana nak cari rumah lain atau sewa, memang tak mampu," katanya.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Selangor merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kepten Pertahanan Awam Hilmi Husman berkata, dua keluarga membabitkan 11 mangsa itu ditempatkan pusat pemindahan sejak pagi hari kejadian.
Menurutnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja pembersihan
"Beberapa agensi lain turut terlibat antaranya Unit Pengurusan Bencana Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Tenaga Nasional Berhad.
"Anggota APM dan sebuah Ambulans APM juga turut ditempatkan di PPS bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor," katanya.
Sinar Harian
Mon Jun 17 2019
Pokok macang berusia lebih 40 tahun tumbang menghempap dari bahagian dapur ke pintu hadapan di Kampung Genting Malek. - Foto Sinar Harian
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Rumah terbelah dua, kereta rosak selepas dihempap pokok
Rumah kayu didiami empat beranak hampir terbelah dua selepas pokok Macang tumbang menghempap bahagian tengah rumah berkenaan.