Rundingan mengenai penjualan air kepada Singapura menerusi Perjanjian Air 1962 memerlukan usaha berterusan, dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua buah negara.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan semakan harga air mesti diteruskan, kerana Malaysia merasakan ia terlalu rendah dan tidak berpatutan.
Menurutnya, terdapat beberapa perkara lain yang memerlukan rundingan dengan Singapura, namun perkara penting ialah isu air di mana ia sering dibangkitkan di dalam Parlimen.
"Saya rasa Singapura rakan yang baik, dan kita boleh dapat kata sepakat yang baik untuk kedua-dua negara," katanya ketika sesi soal jawab sempena lawatannya ke Pusat Pengajian Antarabangsa (SoiS) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.
Isu berhubung perjanjian air antara Malaysia dan Singapura kembali berbangkit pada pertengahan tahun lepas apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengkaji semula Perjanjian Air 1962, menjadikannya rundingan kedua yang dinilai antara kedua-dua negara selepas penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Dr Mahathir berkata, bekalan air adalah antara isu yang perlu diselesaikan dengan Singapura secara diplomatik di mana republik itu bergantung kepada Malaysia untuk membekalkan hampir separuh keperluan airnya dan sudah melalui beberapa siri perjanjian bermula pada tahun 1927.
Perjanjian Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir pada tahun 2061, memberikan negara itu 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Dalam dua siri pertemuan dengan kerajaan sebelum ini, Singapura bersetuju membayar 45 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 hingga 2061 yang akan berterusan sehingga 100 tahun selepas itu.
Kerajaan Malaysia mengenakan syarat bahawa Singapura perlu membayar 60 sen bermula 2001 hingga 2007 dan RM3 sehingga 2011, tetapi negara itu menolak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019
SAIFUDDIN: Saya rasa Singapura rakan yang baik, dan kita boleh dapat kata sepakat yang baik untuk kedua negara.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Rundingan air Malaysia dan Singapura perlu diteruskan - Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan semakan harga air mesti diteruskan, kerana Malaysia merasakan ia terlalu rendah dan tidak berpatutan.
PM akan bincang harga air di Singapura 12 November ini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan membincangkan isu berhubung semakan harga air mentah dengan Singapura pada 12 November ini.
Singapura tegas tidak runding harga air
Jawapan Teo adalah "tidak' dan timbalan perdana menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut.
Singapura nyatakan pendirian terhadap perjanjian air
Kedudukan ini dinyatakan dalam kenyataan Parlimen oleh Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada 9 Julai 9, 2018.