Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman difailkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, mewakili kerajaan Malaysia dan MKN selaku responden.
Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam N. Surendran dan Latheefa Koya yang bertindak bagi pihak Anwar.
Amarjeet ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak saman itu atas alasan tiada bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia membabitkan kompetensi legislatif oleh Parlimen untuk menggubal undang-undang.
Surendran pula berkata mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Amarjeet bahawa Anwar sepatutnya mengemukakan saman dengan mendapatkan kebenaran di Mahkamah Persekutuan mengikut Artikel 4 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Artikel 4 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah untuk mencabar kuasa legislatif Parlimen dalam meluluskan undang-undang.
Bagaimanapun, Surendran berkata beliau pula berhujah bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman itu mengikut Artikel 4 (1) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Akta MKN yang dikatakan tidak konsisten dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Mahkamah memerintahkan kos sebanyak RM3,000 dibayar kepada responden," katanya yang turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan hari ini.
Pada 2 Ogos lalu, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa pelaksanaan Akta MKN 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Dalam saman itu, Anwar turut memohon deklarasi Seksyen 12 Akta Perlembagaan, Perkara 66 (4) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah selain turut memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada mengambil sebarang tindakan mengikut akta itu. -Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016
Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman difailkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016. -Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar
Anwar Ibrahim berkata selain pandangan Ahli-Ahli Parlimen, cadangan kepada pindaan Akta MKN itu akan merangkumi pandangan daripada masyarakat sivil.
Saman Anwar untuk cabar Akta MKN ditolak
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh.