Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang.
Pengarah Operasi Maritim Daerah Klang Komander Maritim Mohamad Faaiz Mohd Nor @ Samah berkata berkata mayat lelaki dewasa itu ditemui pada kira-kira 6 petang di sekitar 52.3 kilometer atau enam batu nautika dari lokasi kejadian.
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat hari ini bagi mencari saki-baki mayat.
"Jika tiada lagi mayat ditemui, kita akan pertimbang sama ada untuk terus atau tamatkan operasi ini, tertakluk kepada arahan dari ibu pejabat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohamad Faaiz berkata skop operasi pencarian yang masuk hari ketujuh hari ini kini tertumpu ke arah selatan iaitu dari perairan Sabak Bernam ke perairan Kuala Selangor menggunakan dua bot dan sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Khamis lepas, bot sepanjang 40 kaki yang dinaiki warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.
Seramai 20 penumpang terselamat dalam kejadian itu.
Bernama
Wed Sep 09 2015
![Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71441517896_SABAKBERNAM.jpg)
Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang. -Gambar fail
![Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718519372_wargaasing.jpg)
Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.
![Naikkan harga perkhidmatan, tiga syarikat pengangkutan di Melaka bakal didakwa Naikkan harga perkhidmatan, tiga syarikat pengangkutan di Melaka bakal didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718518695_TBNorenaJaafar.jpg)
Naikkan harga perkhidmatan, tiga syarikat pengangkutan di Melaka bakal didakwa
Notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diberi kepada ketiga-tiga syarikat berkenaan.
PM Jepun desak kerjasama global untuk keamanan Ukraine
PM Jepun, Fumio Kishida, desak pemimpin dunia capai keamanan berterusan di Ukraine, bimbang konflik merebak ke rantau lain, ketika mencari konsensus pelan damai Ukraine.
![Penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa bukti kesungguhan negara - Kesuma Penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa bukti kesungguhan negara - Kesuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718517482_KementerianSumberM.jpg)
Penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa bukti kesungguhan negara - Kesuma
Steven Sim menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan serta mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.
![KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712213384_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
![G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684471699_RakyatJepunbantah.jpg)
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
AWANI Ringkas: Abidin Ismail diumum calon Perikatan Nasional
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718362085_SaifuddinNasution.jpg)
PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas
Semua pihak dinasihat supaya mematuhi undang undang agar sepanjang kempen tidak berlaku perkara yang boleh mencetus ketidaktenteraman awam.
![Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis akan menjalankan soal siasat terhadap suspek untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
![Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718512549_HariRayaAidiladha.jpg)
Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian
Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.
![Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71441517896_SABAKBERNAM.jpg)
Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang
Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang.