awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2024
04:45 MYT
Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari
Polis akan menjalankan soal siasat terhadap suspek untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
BALIK PULAU: Suspek yang menikam ibunya menggunakan gunting sehingga mati di sebuah pangsapuri di Relau direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Seorang suspek yang didakwa menikam ibunya menggunakan gunting hingga mati di sebuah pangsapuri di Relau, Pulau Pinang telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis.
  • Suspek, yang diketahui mempunyai masalah mental, telah menghubungi abangnya yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis.
  • Suspek, 40, pernah mengugut untuk membunuh semua ahli keluarganya ketika mereka tinggal di Batu Maung.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis akan menjalankan soal siasat terhadap suspek untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
"Reman tujuh hari bermula hari ini.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada petang Sabtu, seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh oleh anak bongsunya menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau, di sini.
Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah mental itu telah menghubungi abangnya sendiri untuk memaklumkan perbuatannya itu.
Polis yang menerima panggilan daripada abang suspek kemudiannya bergegas ke lokasi untuk siasatan.
Polis kemudiannya berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di lokasi kejadian.
Suspek pernah mengugut untuk membunuh kesemua ahli keluarganya ketika mereka tinggal di Batu Maung.
Kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#tikam ibu guna gunting
#pangsapuri di Relau
#anak bongsu
#reman tujuh hari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan