awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris

Bernama
Bernama
16/06/2024
05:15 MYT
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Kumpulan itu terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Kanada. -Gambar fail/Bernama
BARI (Itali): Tujuh negara perindustrian terkemuka dunia berkempen agar pihak-pihak bertelagah melaksanakan gencatan senjata semasa Sukan Olimpik musim panas ini di Paris.
Pada akhir sidang kemuncak ketua-ketua negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Sabtu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata seluruh anggota menyokong agar tiada peperangan semasa temasya itu, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).
Tuntutan ini juga termasuk dalam pengisytiharan rasmi akhir. Sukan Olimpik Paris bermula pada 16 Julai dan berakhir pada 11 Ogos.
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
Kumpulan itu terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Kanada.
"Ia adalah cadangan yang baik dan diterima sebulat suara," kata pemimpin Itali itu.
Bagaimanapun, memandangkan banyak peperangan berlaku di Ukraine, Asia Barat dan kawasan lain di dunia, idea itu tidak dianggap mempunyai banyak peluang untuk berjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#G7
#Sukan Olimpik Musim Panas
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan