Mohamed Azmin Ali berkata beliau menerima titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan hati terbuka berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata titah baginda harus dilihat sebagai satu nasihat bagi membolehkan Selangor maju demi kebaikan semua pihak.
"Baginda beri nasihat untuk semua Anggota Dewan Undangan Negeri supaya tumpukan kepada kerja serta menjaga keharmonian," katanya kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di depan Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini semalam.
Sultan Selangor, dalam titah baginda pada istiadat itu, antara lain menyifatkan kemelut dan pergolakan dalam pakatan rakyat di negeri ini bermula dengan 'Langkah Kajang' iaitu usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar.
Baginda turut menegur PKR kerana meneruskan perbuatan menghina dan mencaci pada bulan Ramadan yang bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid.
Anggota Exco yang mengangkat sumpah jawatan hari ini, termasuk tiga muka baharu iaitu ADUN Taman Templer Zaidy Abdul Talib (PAS), ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR.
Mereka berbuat demikian tiga hari selepas Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di istana sama.
Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Abdul Khalid, yang menerajui Selangor mulai tahun 2008.
Dalam pada itu, Zaidy berharap mereka dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada penduduk Selangor.
"Ini satu tanggungjawab besar dan saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin," kata Nik Nazmi, yang juga bekas Timbalan Speaker DUN Selangor.
Bernama
Fri Sep 26 2014
AZMIN: Saya terima titah Sultan Selangor dengan hati terbuka - Gambar fail
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.
Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.