Sejarahwan Cheah Boon Kheng meninggal dunia pada jam 4.30 petang Isnin selepas bertarung dengan kanser selama lebih setahun. Beliau berusia 76 tahun.

Memetik laporan portal berita The Star Online, Cheah yang merupakan bekas ahli Parti Komunis Malaya akan dikebumikan pada Khamis jam 10 pagi.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Ai Lin Kho, seorang anak lelaki Cheah Lu Shun, menantu Carol Tang dan seorang cucu, Esther.