KUALA LUMPUR:Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Januari mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi pembukaan institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM untuk sesi 2021, ia tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perdana Menteri berkata untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac.
"Bagi IPT di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing," katanya dalam perutusan khas sempena tahun baharu 2021 yang disiarkan di semua saluran televisyen tempatan malam ini.
Berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, permulaan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah bagi pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional.
Murid Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh sama menerusi kaedah pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid serta kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
Mengenai vaksin COVID-19, Muhyiddin sekali lagi menegaskan jaminan kerajaan dalam memastikan bekalan vaksin yang diterima Malaysia adalah berkesan, selamat dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini dan diberi secara percuma.
Beliau berkata Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui tiga fasa bermula seawal Februari 2021.
Perdana Menteri berkata beliau dan petugas barisan hadapan akan menjadi antara orang yang terawal untuk menerima suntikan vaksin ini bagi membuktikan vaksin ini selamat dan berkesan.
"Kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit pernafasan kronik juga akan diberi keutamaan dalam menerima suntikan vaksin," katanya.
Muhyiddin berkata pemantauan keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut tetap akan diteruskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara.
Beliau turut mengingatkan bahawa program vaksinasi itu hanya satu langkah pencegahan, bagaimanapun SOP yang ditetapkan masih perlu dipatuhi pada setiap masa.
Astro Awani
Thu Dec 31 2020
Sesi persekolahan akan dibuka mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini. - Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.