Mesyuarat Khas Khas Menteri-menteri bersetuju membenarkan semua pengangkutan awam termasuk bas, kereta api aliran ringan, feri dan pesawat beroperasi dengan kapasiti penuh.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua perkhidmatan itu juga dibenarkan beroperasi seperti biasa tanpa had masa.

Namun begitu katanya, orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai topeng muka dan hidung, memuat naik aplikasi MySejahtera dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

"Bagi yang membenarkan penumpang untuk berdiri, penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri penjarakan sosial," katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Khamis.

Berikut adalah SOP yang ditetapkan mengikut pengangkutan awam:


Bas ekspres

- Pengusaha bas ekspres perlu mendaftar penumpang-penumpang mereka melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

- Penumpang termasuk pemandu bas ekspres perlu memakai topeng muka pada setiap masa.

- Pengusaha bas perlulah memeriksa suhu badan penumpang sebelum menaiki bas dan menyediakan topeng muka kepada mereka yang tiada serta mensanitasi bas selepas setiap perjalanan.


Bas awam, feri, keretapi dan keretapi aliran ringan

- Bagi yang membenarkan penumpang untuk berdiri, penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri penjarakan sosial.

- SOP yang ditetapkan perlu dipatuhi pada setiap masa termasuk memakai topeng muka, memuat turun aplikasi MySejahtera dan penggunaan hand sanitiser.


Pesawat

- Suhu penumpang perlu direkodkan terlebih dahulu dan diwajibkan untuk memakai topeng muka.