Serangan jantung yang akhirnya membawa maut dikesan boleh menyerang golongan muda seawal umur 15 tahun termasuk para atlet, kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Rosli Mohd Ali.
Beliau berkata ia dikesan berpunca daripada faktor pemakanan serta cara mereka bekerja dan faktor genetik.
"Tidak semestinya orang yang aktif seperti atlet tidak terkena serangan jantung kerana penyakit itu boleh menyerang berdasarkan faktor risiko termasuk mempunyai penyakit kencing manis, perokok, kolestrol tinggi, kegemukan dan sejarah keluarga.
"Atlet juga disyorkan membuat pemeriksaan dan penjagaan kerana kita sekarang ini ada kes mereka yang sedang bermain golf, bersenam, tiba-tiba meninggal dunia disebabkan serangan jantung," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kemaskini Kardiovaskular Asia Pasifik Kali Kelapan @ Universiti Sains Malaysia (USM) 2014 di sini, pada Sabtu.
Katanya berdasarkan kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009, serangan jantung di Malaysia secara purata dikenal pasti dialami mereka berusia 59 tahun.
Beliau berkata ia bermakna rakyat di negara ini dikategori `mati muda' iaitu sebelum mereka berpencen.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) berkata terdapat dalam kalangan mereka berusia 15 hingga 35 tahun itu mati mengejut yang berpunca daripada serangan jantung itu.
Katanya, lebih membimbangkan 40 peratus daripada orang yang diserang penyakit jantung di negara ini tidak tahu mereka menghidap penyakit berkenaan.
"Dua puluh tujuh peratus kematian di hospital di negara ini disebabkan penyakit jantung, malah kematian mengejut dalam kalangan orang muda diakui adalah trend baharu dan perlu ditangani," katanya.
Bernama
Sat Oct 18 2014
Berdasarkan kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009, serangan jantung di Malaysia secara purata dikenal pasti dialami mereka berusia 59 tahun. - Gambar hiasan
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.