Malaysia mencatatkan 19 lagi kes baharu COVID-19 dan merekodkan satu kes kematian pada Jumaat, 5 Jun 2020.

Berikut beberapa tumpuan sepanjang sidang media perkembangan status COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1) 19 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes.

2) Tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

3) 51 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari pandemik itu dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes.


4) Satu kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes.


5) Kes kematian ke-116 merupakan lelaki warganegara Malaysai berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang.