KUALA LUMPUR:Pedagang rentas sempadan di ASEAN kini boleh memanfaatkan sistem pengurusan transit kastam ASEAN dalam talian - Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS) untuk mempercepat perdagangan barangan melalui jalan darat antara negara-negara Asia Tenggara.
ACTS dibangunkan dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU).
ASEAN dan EU dalam satu kenyataan bersama pada Isnin berkata dengan penggunaan ACTS, sektor swasta boleh membuat pengisytiharan transit kastam tunggal yang merangkumi pengangkutan barangan merentasi beberapa negara ASEAN tanpa membuat pengisytiharan kastam berulang kali atau menukar kenderaan di setiap sempadan.
ACTS dibangunkan untuk merealisasikan matlamat mengurangkan kos transaksi sebanyak 10 peratus menjelang 2020 dan menggandakan perdagangan antara negara ASEAN antara 2017 hingga 2025.
Ia akan membolehkan syarikat perniagaan membuat pengisytiharan e-transit secara terus dengan Pihak Berkuasa Kastam ASEAN dan menjejak pergerakan barangan dari ruang punggah di titik pelepasan ke destinasi penghantaran akhir.
Sementara itu Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Dr Ramlah Mukhtar berkata ujian perintis sistem tersebut dijalankan antara Januari dan Oktober 2020 yang mana ACTS boleh digunakan oleh Kemboja, Laos, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
"Myanmar akan menyertai sistem itu pada 2021 dan kami menjangka Brunei, Filipina dan Indonesia menyertai kemudian nanti dan penyertaan mereka akan disertakan dalam pengukuhan aplikasi dan sistem," katanya semasa sidang akhbar maya sempena pelancaran rasmi ACTS, di sini, pada Isnin.
Pengarah Eksekutif ASEAN Federation Forwarders Associations (AFFA) Iman Ghandi berkata ACTS dibangunkan untuk menyelaraskan proses kastam rentas sempadan yang bertujuan mempercepat pergerakan transit dan mengurangkan masa dan perbelanjaan menjalankan perdagangan barangan serantau.
"ACTS mempermudah pergerakan barangan di seluruh rantau ini, menjadikannya lebih efisien dan efektif dari segi kos.
"Di bawah ACTS, sektor swasta boleh membuat pengisytiharan transit kastam tunggal yang merangkumi pengangkutan barangan di pelbagai negara ASEAN tanpa perlu membuat pengisytiharan kastam berulang kali atau menukar kenderaan di setiap sempadan. Ia juga akan mengurangkan kos inventori pengeluar," katanya.
Sistem itu diurus oleh Pasukan Pengurusan Pusat ACTS yang terletak di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia, dengan sokongan daripada program ARISE Plus yang dibiayai EU.
ARISE Plus menyediakan latihan ACTS kepada pemegang kepentingan dalam sektor awam dan swasta termasuk pihak berkuasa kastam, agensi pengangkutan kerajaan, syarikat pengangkutan, bank dan syarikat insurans.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020
Di bawah ACTS, sektor swasta boleh membuat pengisytiharan transit kastam tunggal yang merangkumi pengangkutan barangan di pelbagai negara ASEAN tanpa perlu membuat pengisytiharan kastam berulang kali.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.