Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.05% berbanding 13,720 calon pada 2012.
Daripada jumlah itu 100 calon berjaya mendapat 12A; 2,164 calon mendapat 11A; 5,557 calon mendapat 10A; 6,087 calon mendapat 9A dan baki 62 calon lagi mendapat 8A, 7A dan 6A.
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini berkata, seramai 405 calon SPM 2013 berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran.
"Dalam SPM 2013, prestasi bagi 6 daripada 7 mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains. Hanya prestasi mata pelajaran Matematik menurun iaitu sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013."
Katanya berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN), pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.15 mata iaitu daripada 4.83 mata pada 2012 kepada 4.68 mata pada 2013.
Pencapaian calon luar bandar juga meningkat sebanyak 0.16 mata iaitu daripada 5.44 mata pada 2012 kepada 5.28 mata pada 2013.
"Ini menunjukkan bahawa peningkatan pencapai calon luar bandar lebih tinggi berbanding peningkatan pencapaian calon bandar. Maka jurang pencapaian calon bandar dengan luar bandar mengecil sebanyak 0.01 mata GPN."
Dr. Khair berkata daripada 470,395 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2013, sejumlah 378,490 (85.52%) calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 (91.24%) calon pada 2012.
Ini kerana mulai 2013, calon diwajibkan lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah untuk mendapat sijil berbanding hanya wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tahun sebelumnya.
Harris Hardy Hakim
Thu Mar 20 2014
-- Gambar arkib
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok
Dr Noor Hisham akan bermesyuarat dengan Kementerian Pelajaran pada Selasa bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk pelaksanaannya.
36.9 peratus murid tiada peranti elektronik - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin selepas kementeriannya menjalankan satu kaji selidik berhubung Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) secara atas talian.
Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Mesej palsu itu antara lain menyebut Datuk Amin Senin akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.
SPM 2013: 100 calon berjaya dapat 12A, peratus lulus semua subjek A meningkat
Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.05% berbanding 2012.
Semua sekolah di Perak dan Selangor dibuka semula esok
Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pembukaan semula semua sekolah oleh kerana bacaan IPU yang bertambah baik.
SJK tidak dipinggirkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia memberi jaminan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan diberi bantuan sama rata.