awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua sekolah di Perak dan Selangor dibuka semula esok

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2013
12:23 MYT
Semua sekolah di Perak dan Selangor dibuka semula esok
Semua sekolah di daerah Petaling dan Kelang di Selangor dan Manjung di Perak diarah dibuka semula mulai esok.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) keadaan di beberapa daerah telah bertambah baik.
“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendapati keadaan di kawasan-kawasan yang bacaan IPU melebihi 250 pada 25 Jun 2013 seperti Daerah Kelang dan Daerah Petaling Perdana di Selangor serta Daerah Manjung di Perak telah bertambah baik. Bacaan IPU di kawasan-kawasan lain di seluruh negara juga tidak mencatatkan IPU melebihi 250,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar.
KPM juga akan terus memantau bacaan IPU di seluruh negara untuk memastikan keselamatan dan kesihatan murid di semua sekolah sentiasa terjaga dan diberi keutamaan.
“Pemantauan ini dilaksanakan secara berterusan dari Bilik Gerakan KPM selain pihak KPM juga sentiasa berhubung rapat dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan bacaan IPU terkini,” kata beliau.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Kementerian Pelajaran Malaysia
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan