Lingkaran nyamuk selalunya digunakan untuk menghalau nyamuk.

Namun penemuan terbaru kajian Universiti Malaya (UM) berjaya menghasilkan lingkaran nyamuk yang mampu menarik perhatian nyamuk lantas membunuhnya.

Ia kerana "Spokojan" mengandungi gabungan bahan feromon dan racun serangga yang disifatkan ciptaan pertama seumpamanya di dunia.

Spokojan1

Ia kajian yang berjaya dihasil dan dipatenkan penyelidik Prof Dr Sazaly Abu Bakar selepas 5 tahun melakukan penyelidikan.

"Feromon bahan kimia bila letak bila kita bakar dia akan menarik nyamuk datang ke lingkaran nyamuk itu dan nyamuk sanggup mati kerana dalam lingkaran ada racun serangga dan apabila mati nyamuk dan datang dan hidu dan mati." ujar Prof Sazaly yang juga Ketua Jabatan Mikrobiologi Perubatan UM.

Kajian dalam makmal membuktikan nyamuk sanggup menghampiri lingkaran nyamuk kerana bau feromon.

Jutaan nyamuk berjaya dibunuh menggunakan produk itu sepanjang menjalankan kajian berkenaan.

Bagaimanapun feromon telah lama digunakan dan bukan konsep baru.

Spokojan1

"Naluri haiwan dan serangga ini secara semulajadi akan tertarik kepada feromon. Contoh seperti kita memakai wangian bukan sahaja bau wangi tetapi ia mempunyai suatu bau yang unik. Kajian di negara luar feromon digunakan untuk serangga lain dan kami melihat potensi itu untuk nyamuk."

Tambah Prof Sazaly, bahan yang digunakan dalam Spokojan mematuhi standard diluluskan kementerian kesihatan dan feromon daripada tumbuhan yang tidak ada beri kesan kepada manusia haiwan atau persekitaran.

Sazaly melihat Spokojan boleh digunakan sebagai suatu produk gaya hidup dengan meletaknya di luar rumah.

Spokojan1

Beliau juga ingin memperkenalkan penggunaan ubat lingakaran nyamuk itu dengan pasu seramik yang mampu mengurangkan risiko kebakaran dan tiupan angin selain abu sisa pembakaran dapat dikumpul terus ke dalam pasu khas itu.

"Kalau ada produk ini, kita boleh buat fogging sendiri depan rumah tidak perlu alat mahal hanya lingkaran nyamuk dan pasu kita letak di luar sudah cukup membunuh nyamuk." tambahnya.