Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung projek pembinaan dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Perak yang dikatakan tidak sepadan dengan jumlah kos pembinaan dewan berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan SPRM telah mengarahkan Pengarah SPRM Perak dan pegawainya untuk membuka kertas siasatan.

"Kita akan meneliti isu yang ditimbulkan Timbalan Perdana Menteri tentang nilai projek yang dituntut tidak sepadan dengan yang dibayar.

"Kita akan lihat dengan teliti dan keputusan akan diperoleh dalam dua atau tiga minggu dari sekarang," kata beliau.

BACA: Ahmad Zahid mengamuk

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan 'mengamuk' selepas tidak berpuas hati dengan keadaan dewan berkenaan yang berharga RM600,000 tetapi dibina seperti harga RM300,000.