Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum semalam, akan diperiksa sama ada untuk tujuan pelancongan di Sabah atau di tempat lain.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata kerajaan negeri menetapkan peraturan bahawa bot itu hanya boleh membawa maksimum 12 orang termasuk kru dan tekong bagi tujuan pelancongan.
"Bot jenis Catamaran itu mempunyai kapasiti melebihi 30 penumpang. Bagaimanapun, di Sabah, kerajaan negeri mengehadkan jumlah penumpang yang dibawa dengan bot itu untuk tujuan pelancongan," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan memeriksa status pendaftaran bot itu sama ada didaftarkan di Sabah atau di tempat lain, yang mungkin membenarkan bot berkenaan membawa melebihi 30 penumpang.
Dalam pada itu, katanya, Jeti Tanjung Aru sebenarnya bukan jeti yang biasa digunakan untuk melepaskan bot pelancongan ke pulau-pulau peranginan di pantai barat Sabah.
Pang menjelaskan jeti yang biasa digunakan bagi tujuan pelancongan iaitu Jeti Jesselton Point mungkin mengalami trafik penumpang tinggi kerana cuti umum sempena Tahun Baharu Cina sehingga pengusaha bot terbabit memilih melepaskan bot di Jeti Tanjung Aru.
Sementara itu, Konsul Jeneral China di Sabah Chen Peijie berkata pimpinan republik China mengambil perhatian serius terhadap insiden itu yang mendapat liputan meluas di negaranya.
Beliau berkata anggota keluarga mangsa di China boleh menghubungi Kementerian Luar Negara China di talian 12308 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai anggota keluarga yang berada di luar negara itu.
Bot Catamaran itu, yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China, karam ketika dalam perjalanan dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum kira-kira 56 km barat laut dari Kota Kinabalu semalam.
Menurut APMM, bot Catamaran itu meninggalkan jeti pada 9 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2017
Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China akan diperiksa. - fotoBERNAMA
KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024
Kementerian Belia dan Sukan melancarkan kempen Team MAS dalam usaha mewujudkan gerakan nasional menyokong atlet negara yang bertanding.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya, ulangi kemenangan epik Bukit Jalil
Memang tidak dinafikan, ketiadaan enam pemain utama skuad Harimau Malaya mungkin meresahkan ketika pasukan kebangsaan berdepan Republik Kyrgyz malam ini.
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
PRK Sg Bakap: Jawatankuasa khas tangkis berita palsu mungkin diwujudkan - Fahmi
Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan menangkis penyebaran berita palsu semasa PRK Sungai Bakap.
Sekurang-kurangnya 30 maut dalam serangan terbaharu Israel
Israel terus mempamer kerakusan mereka apabila sekurang-kurangnya 30 pelarian Palestin yang berlindung di sebuah sekolah di Nuseirat, tengah Gaza maut manakala puluhan lagi cedera akibat dibom tentera rejim.
Narendra Modi mulakan proses pembentukan kerajaan campuran
Perdana Menteri Interim India, Narendra Modi, memulakan proses pembentukan kerajaan campuran menerusi rundingan dengan parti sekutu utamanya pada Rabu.
Pacu kecekapan anak muda demi manfaat bersama - PM
Anwar berkata, agensi khususnya dalam industri perbankan, perlu meneruskan usaha memacu kecekapan anak muda supaya faedah transformasi digital dapat dinikmati semua peringkat.
Jualan Proton melonjak 13.6 peratus kepada 12,522 unit pada Mei
Proton mencatatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 13.6 peratus kepada 12,522 unit pada Mei 2024 bagi pasaran domestik dan eksport berbanding bulan sebelumnya.
Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Semalam Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz berkata bom palsu itu disahkan selepas Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan pemeriksaan menggunakan dua anjing pengesan dan teknologi keselamatan.
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.