Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bakal dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-5 pada Sabtu ini (15 April).
Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Hassan Said berkata istiadat pemasyhuran akan berlangsung pada Istiadat Konvokesyen ke-86 universiti itu di kampus induk UiTM di sini.
"Sekalian warga UiTM menjunjung kasih dan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pemasyhuran Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Canselor UiTM," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sultan Muhammad V menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis lepas.
Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong juga akan menyempurnakan sidang pertama istiadat konvokesyen yang menyaksikan seramai 500 graduan bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana masing-masing.
Menurut beliau lagi, sidang pertama juga bakal menyaksikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dilantik sebagai Pro Canselor UiTM yang baharu.
Seramai 28,618 graduan menerima penganugerahan pada istiadat konvokesyen berkenaan, di mana daripada jumlah tersebut, seramai 91 graduan akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (1,302), Diploma Lepasan Ijazah (62), Ijazah Sarjana Muda (13,812), Profesional (59) dan 13,292 graduan diploma.
Konvokesyen itu akan berlangsung dalam 11 sidang di Dewan Agung Tuanku Canselor Kampus UiTM di sini, empat sidang masing-masing di kampus UiTM Terengganu, UiTM Kelantan, UiTM Perak dan UiTM Kedah, tiga sidang di UiTM Pahang, UiTM Sabah dan UiTM Pulau Pinang, lima sidang di UiTM Sarawak dan Perlis, enam sidang di kampus UiTM Melaka dan sembilan sidang di UiTM Johor.
Seramai 11,431 graduan akan menerima penganugerahan di kampus UiTM di sini pada istiadat yang berlangsung selama enam hari bermula Sabtu ini.
Istiadat konvokesyen UiTM Pahang akan bermula dari 17 hingga 18 April melibatkan 1,074 graduan, UiTM Terengganu dari 18 hingga 19 April melibatkan 1,168 graduan, UiTM Melaka dari 25 hingga 27 April melibatkan 3,108 graduan, UiTM Kelantan dari 26 hingga 27 April melibatkan 1,291 graduan sementara di UiTM Sabah pada 3 Mei melibatkan 795 graduan.
Seramai 1,545 graduan di UiTM Sarawak akan menerima ijazah dan diploma pada 3 hingga 4 Mei, 1,323 graduan di UiTM Pulau Pinang dan 2,155 graduan di UiTM Perak dari 8 hingga 9 Mei, 1,301 graduan di UiTM Perlis dari 15 hingga 16 Mei, 2,022 graduan di UiTM Johor dari 15 hingga 17 Mei dan 1,405 graduan di UiTM Kedah dari 16 hingga 17 Mei. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
Sultan Muhammad V menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis lepas. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
UiTM rombak iCGPA supaya lebih 'mesra pensyarah'
Program iCGPA perlu diteliti semula berikutan terdapat komponen di dalamnya yang boleh memberi penerangan kepada pihak majikan mengenai kemampuan pelajar daripada segi 'soft skill'.
UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional
Pelajar tahfiz diharap mendapat nilai tambah melalui inisiatif ini di mana mereka bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam ilmu profesional.
Sultan Muhammad V dimasyhur sebagai Canselor UiTM Sabtu ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bakal dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-5 pada Sabtu ini (15 April).
Datuk Dr Hassan Said Naib Canselor UiTM yang baharu
Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu, berkuat kuasa 1 Feb depan.