awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh Jong Nam tiba dengan kawalan ketat bagi sebutan semula kes

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2017
01:40 MYT
Suspek bunuh Jong Nam tiba dengan kawalan ketat bagi sebutan semula kes
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah (kanan) dan Doan, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas. - Foto Astro AWANI
Dua suspek utama warga asing yang dituduh membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini pagi ini bagi sebutan semula kes.
Doan Thi Huong, 28, dari Vietnam dan Siti Aisyah, 25, dari Indonesia tiba dengan kawalan ketat pasukan keselamatan termasuk anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis
Kawalan tahap tinggi di perkarangan mahkamah. pic.twitter.com/sQ4uyZImT1
— israrkhalid (@ciakhalid) July 28, 2017
Kedua-duanya tiba secara berasingan dengan kenderaan pacuan roda.
Konvoi pertama yang membawa Doan tiba kira-kira 8.05 pagi manakala konvoi membawa Siti Aisyah yang memakai jaket kalis peluru, tiba lima minit kemudian.
Tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong sampai di Mahkamah SAAS S.Alam. @501Awani pic.twitter.com/INBnyfyu8D
— israrkhalid (@ciakhalid) July 28, 2017
Tertuduh warga Indonesia, Siti Aisyah kemudian tiba di Mahkamah SAAS S.Alam. @501Awani pic.twitter.com/fqGR6GThKi
— israrkhalid (@ciakhalid) July 28, 2017
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Siti Aishah boleh berbahasa Inggeris, Korea - Ibu
BACA: Pembunuhan Jong Nam: Keluarga bingung bagaimana Siti Aisyah boleh berada di Malaysia
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Doan, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada kira-kira 9 pagi, 13 Febuari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan.
BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa
Jong Nam ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau sebelum dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.
Jong Nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
BACA: Kronologi pembunuhan Kim Jong Nam: Apa yang diketahui setakat ini
BACA: 3 suspek, mayat Jong Nam keluar Malaysia dengan pesawat sama - KPN
BACA: Kes Jong-Nam boleh dirujuk ke mahkamah jenayah antarabangsa melalui UNSC
Topic Berkaitan
#jenayah
#Jong Nam
#Korea Utara
#mahkamah
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan