Tutup

Suspek kes pembunuhan Nur Aisyah direman 7 hari

Suspek kes pembunuhan Nur Aisyah direman 7 hari
Polis membawa keluar suspek lelaki berusia 37 tahun selepas menyelesaikan siasatan berhubung kes pembunuhan seorang kanak-kanak di Kuarters Hospital Langkawi, 6 Mac, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
LANGKAWI: Sepasang suami isteri yang juga suspek utama kes pembunuhan Nur Aisyah Aleya Abdullah ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ia bagi membantu siasatan pihak polis dalam kes pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut.

Suspek wanita berusia 40 tahun yang juga seorang jururawat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi, diikuti suaminya, berusia 37 tahun, yang berpakaian lokap warna jingga.
BACA: Pembunuhan Nur Aisyah: 'Suspek seorang panas baran' - Ibu mangsa

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Ridzwan Salleh ke atas kedua dua suspek bermula hari ini hingga 14 Mac.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.
BACA: 'Acik, Aleya dah mati' cetus persoalan ibu mangsa

Pada Rabu, tengkorak kepala milik Nur Aisyah ditemui bersama helaian rambut yang didakwa milik kanak kanak tersebut di kawasan gaung berdekatan hutan Gunung Raya.

Ia susulan penahanan kedua-dua suspek di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, selepas didakwa melarikan diri susulan laporan polis dibuat ibu kanak kanak terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.