Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden rempuhan van berdekatan Masjid Finsbury Park, di Utara London awal hari ini (pada Isnin), kata Kementerian Luar.
Kementerian dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia mengutuk serangan ke atas orang awam yang tidak bersalah dan menyifatkan insiden itu amat membimbangkan kerana ia seolah-olah khusus disasarkan kepada jemaah yang baru selesai menunaikan solat semasa bulan Ramadan yang mulia.
"Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga orang tersayang mangsa insiden yang ngeri ini. Malaysia berharap bahawa pelaku insiden tersebut segera dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu.
Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 yang lain cedera apabila sebuah van merempuh sekumpulan jemaah pejalan kaki dekat masjid itu sejurus selepas tengah malam (waktu tempatan) pada Isnin ketika umat Islam meninggalkan masjid selepas menunaikan solat .
Kementerian berkata ia sedang memantau dengan rapi insiden dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pada ketika ini memberi maklumat terkini kepada komuniti Malaysia di bandar itu berhubung insiden tersebut.
Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan oleh pihak berkuasa tempatan.
Mereka yang berada dalam kecemasan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di 52 Bedford Row, London WC1R 4LR atau menghubungi +44 (0) 207 242 4308 atau e-mel [email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2017
Sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 yang lain cedera apabila sebuah van merempuh sekumpulan jemaah pejalan kaki dekat masjid itu sejurus selepas tengah malam (waktu tempatan) pada Isnin. - Gambar fail
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
CEO, pemilik syarikat direman bantu siasatan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat yang dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta, direman tiga hari hingga Jumaat.
Terdapat petanda baik bagi calon PN - Saifuddin
Perikata Nasional percaya terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan sokongan luar jangka terhadap calon mereka, Khairul Azhari Saut, dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.
25 rumah kongsi musnah di Pulau Perhentian
Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami lebih 80 buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian pada Rabu. Pihak bomba menaiki bot dari Kuala Besut ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari darat.
Lelaki nekad pandu Kenari keliling dunia
Seorang lelaki dari Sarawak, Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi solo mengelilingi dunia pada Rabu dengan menaiki sebuah Perodua Kenari yang dijangka akan mengambil masa tiga tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jokowi puji sumbangan pekerja Indonesia sempena Hari Pekerja
Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, pada Rabu memuji sumbangan pekerja Indonesia atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.