awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera

Aida Aziz
Aida Aziz
12/04/2024
22:45 MYT
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam. - Foto JBPM Perak
SUNGAI SIPUT: Sebuah kedai perabot musnah terbakar sebanyak 80 peratus di Jalan Lintang, Taman Lintang Jaya, di sini pada Jumaat malam.
Menurut Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu berlaku sekitar jam 7 malam.
Ujarnya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bersama-sama Kuala Kangsar, Simpang Pulai, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Mengelembu dan Chemor bergerak ke lokasi.
"Kedai perabot kelas B satu tingkat berkeluasan 100x60 terbakar. Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
"Komander operasi kemudian mengarahkan anggota memadam kebakaran dengan pendekatan 'defensive' kerana struktur bangunan terdiri daripada dinding zink dan atap 'metal deck' mulai senget dan tidak stabil.
"Tindakan penyejukan pada bangunan sebelah iaitu premis menyimpan barangan perkakasan seperti cat, 'thinner' dan kayu inci berkeluasan 50x150 berjaya dilaksanakan.
"Tindakan 'overhaul' juga dijalankan dengan menggunakan 'smoke extractor' dan membuat pengudaraan di bahagian sisi bangunan bagi mengeluarkan asap dan haba.
"Anggota bomba turut memadam sisa bara api yang masih ada," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam. - Foto JBPM Perak
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam. - Foto JBPM Perak
Sementara itu, Sabarodzi menambah, seorang anggota bomba mengalami kecederaan di bahagian mata kanan disebabkan terkena pancutan air dari TFT nozzle.
"Muhammad Muhaymin Mohd Najib dihantar ke Hospital Sungai Siput dengan menggunakan EMRS Sungai Siput bagi rawatan lanjut," katanya.
Operasi yang membabitkan seramai 71 anggota itu turut dibantu agensi lain seperti Tenaga Nasional Berhad dan polis.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kedai perabot
#anggota bomba
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan