TRAGEDI kepala air di Gua Rusa, Mulu pada 12 Julai lalu terus menjadi tanda tanya.
Sehingga kini, belum ada kepastian mengenai punca sebenar gelombang kepala air yang meragut dua nyawa termasuk pelancong Belanda.
Astro AWANI mendekati salah seorang mangsa yang terselamat, Tom Zeising, 22, warga Jerman.
11.15 pagi: HUJAN LEBAT SEKELIP MATA
Menurut Tom, pada permulaan perjalanan memasuki Gua Rusa, keadaan cuaca cerah.
Namun, hujan turun dengan lebat ketika kesemua 11 pelancong dan pemandu taman dalam perjalanan ke Garden of Eden selepas melepasi Gua Rusa.
"Ketika kami masuk ke Gua Rusa, cuaca sangat cantik. Langit biru, malah semasa kami sampai ke penghujung gua juga keadaan normal.
"Namun, ketika kami mendaki bukit untuk ke Garden of Eden, cuaca tiba-tiba bertukar kepada hujan lebat," katanya
Menyedari keadaan itu, pemandu taman Roviezal Robin, 20, mengarahkan kesemua pelancong berpatah balik ke gua berkenaan.
1.11 petang: BATAL HASRAT KE AIR TERJUN
"Roviezal mengarahkan semua pelancong agar kembali ke gua dan membatalkan hasrat untuk ke air terjun di Garden of Eden kerana hujan lebat.
"Kami menuruni bukit itu kira-kira 20 minit sebelum berehat seketika di penghujung gua," kata Tom.
Namun, jelasnya, ketika berehat secara tiba-tiba air mulai naik dengan begitu cepat.
Dari paras buku lali, paras air melebihi 1.5 meter hanya dalam tempoh kurang 2 minit.
"Tiba-tiba gelombang kepala air membadai kami, arus terlalu kuat sehinggakan saya tidak boleh berdiri.
"Ketika itu saya terlihat sepasang kekasih dari Perancis hampir hanyut. Saya tarik mereka dan pautkan ke tali berhampiran. Namun ketika itu, saya pula yang dihanyutkan," kata Tom.
Tambahnya, beliau tidak menyedari sejauh mana dihanyutkan gelombang, namun sempat mengelak beberapa lubang kecil sepanjang dia dihanyutkan.
1.54 petang: NAJIS KELAWAR PENYELAMAT
"Setahu saya ketika hanyut, ada beberapa lubang kecil yang menyedut dan saya terpaksa menggunakan tenaga saya untuk elak daripada disedut. Sehinggalah saya berjaya berpaut pada timbunan najis kelawar di lokasi kejadian," kata Tom lagi.
Beliau terus berpaut dan merangkak naik ke atas timbunan najis kelawar itu untuk menyelamatkan diri.
Ketika itu jugalah beliau terlihat mangsa warga Belanda, Peter Hans dan seorang wanita Perancis dalam keadaan lemah dibawa arus.
1.54 petang GENGGAMAN TANGAN PETER TERLEPAS
"Saya nampak mereka agak lemah, saya terjun semula dan menarik mereka. Peter di tangan kiri saya dan Natasha di tangan kanan.
"Namun akibat arus terlalu kuat, genggaman tangan Peter terlepas dan saya nampak dia dihanyutkan ke dalam salah satu lubang," katanya.
Keadaan ketika itu, ujarnya, cemas, di mana semua mangsa cuba menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, rakan senegaranya berjaya melompat ke kawasan lebih tinggi serta pembantu pemandu taman dan beberapa mangsa lain.
"Kami cuba melambaikan lampu picit untuk memberi isyarat kepada pelancong di bahagian atas platform sebelum mereka menyedari kejadian yang menimpa kami.
"Pasukan mencari dan menyelamat tiba kira-kira dua jam selepas itu. Paras air juga kembali normal ketika itu," jelas Tom ketika berkongsi detik cemas dihanyut kepala air.
Tragedi yang belum pernah berlaku sejak 34 tahun Taman Negara Mulu itu dibuka meragut nyawa pelancong warga Belanda Peter Hans, 66, dan warga tempatan Roviezal.
Mayat Peter dijumpai pasukan mencari dan menyelamat sehari selepas kejadian sebelum diterbangkan ke Miri dan dibawa pulang ke Belanda bagi upacara pengebumian.
Manakala mayat Roviezal ditemui empat hari selepas kejadian dan dibawa ke Miri sebelum disemadikan.
BACA: Kejadian luar biasa selepas 34 tahun Taman Negara Mulu beroperasi
BACA: Mangsa terakhir insiden Gua Rusa dijumpai mati lemas
BACA: Kematian Roviezal dirasai rakan sekerja
Fareez Azman
Thu Jul 25 2019
Keadaan di dalam Gua Rusa di mana tragedi yang meragut dua nyawa itu berlaku. -Astro AWANI
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Timbunan najis kelawar selamatkan saya' - Mangsa cerita detik sebenar tragedi Mulu
Tragedi Mulu: Timbunan najis kelawar menyelamatkan saya dari maut - Mangsa