Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi Twitter (@ktm_berhad) pada jam 6 pagi tadi, memaklumkan kejadian itu menyebabkan kabel elektrik di laluan itu terputus dan tren tidak dapat melepasi Stesen KTM Komuter Jalan Kastam, Pelabuhan Klang.
Tren komuter hanya akan beroperasi dari Padang Jawa-KL Sentral- Padang Jawa saja pada kekerapan 45 minit dengan tren pertama bertolak dari Padang Jawa pada jam 7.15 pagi, menurut KTMB dalam twit itu.
"Perkhidmatan tren untuk laluan Pelabuhan Klang - KL Sentral - Pelabuhan Klang tidak dapat beroperasi kerana tren dari depot Pelabuhan Klang tidak dapat melepasi stesen Jalan Kastam berikutan insiden kabel elektrik putus kerana pokok tumbang",jelas KTMB.
Pihak kereta api KTMB juga memohon maaf di atas kesulitan yang dialami akibat kejadian tersebut.
Pengguna laluan tersebut juga dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan alternatif sehingga tren laluan itu kembali pulih sepenuhnya.
Dalam pada itu, KTMB juga memaklumkan operasi tren KTM Berhad di sektor Pantai Timur telah kembali pulih seperti biasa bermula jam 10 pagi hari ini dengan jangkaan kelewatan perjalanan tren antara 30 minit sehingga 45 minit.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Nov 30 2017
tren komuter hanya akan beroperasi dari Padang Jawa-KL Sentral- Padang Jawa saja pada kekerapan 45 minit dengan tren pertama bertolak dari Padang Jawa pada jam 7.15 pagi. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Jajaran ECRL dilanjutkan sehingga 665 km - Wee Ka Siong
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditambah baik dengan melanjutkan jajaran asal daripada 640 kilometer (km) kepada 665 km bagi membentuk sistem jaringan rel yang lebih cekap.
Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.