awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir akui sedang sesuaikan diri dengan terma dalam pendidikan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/01/2020
14:26 MYT
Tun Mahathir akui sedang sesuaikan diri dengan terma dalam pendidikan
Tun Dr Mahathir (tengah) Mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) BERSATU di Yayasan Al-Bukhary di sini pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui sedang menyesuaikan diri dengan terma-terma dalam portfolio pendidikan yang baharu dipangkunya.
Malah, beliau juga keliru dengan sesetengah fakta yang dikemukakan kepadanya.
"Saya mengadakan perbincangan yang panjang semalam, namun saya masih lagi menghadam terma-terma yang mereka beri kepada saya dan saya agak keliru dengan banyak fakta yang diberikan.
"Jadi sekarang saya sedang belajar mengenainya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) BERSATU di Yayasan Al-Bukhary di sini pada Jumaat.
Sepanjang perbincangan berkenaan juga beliau juga menyentuh mengenai kajian terhadap pemakaian kasut hitam di sekolah.
"Satu perkara yang saya boleh katakan ialah kamu boleh pakai kasut berwarna coklat, kasut hitam, kasut kelabu, dan kasut putih. Kasut (warna) apa sahaja boleh," tambahnya lagi.
Mengenai pelantikan Dr Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu, beliau tidak dapat mengulas panjang kerana masih baharu.
BACA: Banyak perkara dalam sistem pendidikan perlu dikaji semula - Tun M
BACA: Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
BACA: Tun Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan
"Saya tidak boleh nyatakan apa-apa kerana saya masih baharu dan kami semua masih baharu," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir memangku memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Beliau memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.
Topic Berkaitan
#kasut hitam
#Mahathir Mohamad
#Menteri Pendidikan
#Perdana Menteri
#terma pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan