Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil mana-mana individu termasuk anggota PKR, untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penularan video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan polis dalam mencari dalang penyebaran video seks tersebut.
"Tidak kira sesiapa pun, kami akan panggil sekiranya ada keperluan bagi kami melengkapkan siasatan kes termasuk juga anggota PKR.
"Kami ada tempoh tertentu untuk siapkan siasatan, jadi kami akan ikut tempoh itu... bila-bila kami nak panggil, kami akan panggil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kenderaan oleh Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) kepada Polis Selangor di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin dan Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akhbar Khan.
Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamed Azmin dalam laporan media pagi tadi, bahawa anggota PKR sendiri yang menjadi dalang penyebaran video seks tersebut.
BACA: Video intim: Azmin sudah beri keterangan, rakaman diperhalusi
Mengulas lanjut, pihaknya turut mengesahkan Mohamed Azmin telah diambil keterangan berhubung kes video itu, pada Isnin.
"Ya, beliau telah diambil keterangan, tetapi saya tidak boleh dedahkan apa maklumat yang diberikan kerana itu merupakan siasatan polis.
"Kami juga boleh memanggil Mohamed Azmin untuk kali kedua (untuk diambil keterangan), sekiranya kami memerlukan maklumat tambahan untuk kes ini," katanya.
BACA: Video seks kontroversi ditularkan oleh anggota PKR sendiri - Azmin
Sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam kes video terbabit dan menyifatkan penyebaran video berkenaan merupakan niat jahat untuk merosakkan imej dan prestasinya dalam politik.
Sementara itu, Mazlan mengesahkan 10 orang nelayan yang dilaporkan diculik berhampiran perairan Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah awal pagi, diculik ketika perintah berkurung dilaksanakan di kawasan itu.
Beliau berkata kejadian pada 2.45 pagi itu juga berlaku ketika kumpulan nelayan tersebut sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan menggunakan dua bot.
"Ketika kejadian ada seramai 16 nelayan di dalam dua bot, mereka kemudian didatangi dua bot yang kami percaya kumpulan penculik.
"Kumpulan itu hanya menculik 10 orang nelayan iaitu enam orang daripada sebuah bot dan empat (nelayan) daripada bot satu lagi," katanya.
Katanya, setakat ini juga tiada sebarang panggilan diterima daripada kumpulan penculik berkenaan.
BACA: 10 nelayan diculik di Lahad Datu bukan rakyat Malaysia
Terdahulu dalam majlis tersebut, MRCB menyerahkan sumbangan empat kenderaan pacuan empat roda dan 20 motosikal, 250 cc.
Kenderaan tersebut akan digunakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bagi tujuan membuat kawalan lalu lintas di sekitar Projek Transit Aliran Ringan 3 ( LRT3).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
Mazlan (tengah), Noor Azam (kiri) dan Dell Akbar pada sesi sidang media selepas majlis penyerahan kenderan oleh MRCB di MESS Pegawai IPK Selangor Shah Alam. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.
Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat
Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.
Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu
Polis telah merakam keterangan 11 individu yang dikenal pasti terlibat dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.
Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.
Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis
Artis berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan IPD Tapah kita-kira jam 1.30 tengah hari untuk diambil keterangan.
Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis
Terdahulu, dilaporkan Liu ditahan polis di IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes itu menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.
Polis nafi tahan pasangan edar risalah agama Kristian
Polis hanya mengambil keterangan daripada kedua-dua pasangan berusia lingkungan 70-an itu selepas menerima aduan daripada orang ramai pada kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Video seks: Polis tidak tolak panggil anggota PKR untuk ambil keterangan
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan polis dalam mencari dalang penyebaran video seks tersebut.