Semuanya bermula dengan niat tidak mahu pelancong cedera terpijak kaca apabila berjalan atau bermain di kawasan pantai di Kampung Mangkuk, di sini.
Sikap prihatin Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk Mansur, 75, akhirnya menyebabkan warga emas itu kini memiliki lebih 4,000 koleksi botol dan mempunyai galeri sendiri, yang mana beliau menyimpan pelbagai koleksi botol hanyut yang dikutip sendiri di tepi pantai, dibeli daripada kanak-kanak serta pemberian orang ramai yang mengetahui minatnya itu.
Tengku Mohd Ali yang dikenali sebagai Tokki oleh penduduk kampung itu, berkata pada mulanya tidak terlintas langsung untuk menjadi pengumpul botol tetapi idea itu datang selepas melihat kanak-kanak di kampung itu memecahkan botol-botol yang hanyut ke pantai dengan meletupkannya menggunakan mercun.
"Saya tanya kenapa mereka pecahkan botol itu? Kesian dekat pengunjung yang datang ke pantai untuk bermain pasir kerana mereka mungkin cedera kena kaca. Saya nasihatkan mereka agar lepas ini jangan pecahkan botol dan jika jumpa botol, saya suruh mereka hantar ke rumah saya... saya akan bayar setiap botol itu.
"Botol saiz kecil saya bayar lima sen dan 10 sen untuk yang besar… saya tak sangka lepas tu berguni-guni botol dihantar ke rumah hingga isteri saya Jamaliah Kamaruddin, 67, salah faham dan ingat saya nak berniaga budu," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Penarik Baru di sini.
Tengku Mohd Ali berkata pada mulanya botol-botol yang dikutip itu mahu dibuangnya tetapi selepas melihat keunikan setiap botol-botol yang datang dari pelbagai negara itu, beliau mengambil keputusan untuk menyimpannya dan membuat koleksi.
"Saya beli rumah kosong di sebelah rumah saya daripada kakak saya dan jadikan rumah itu sebagai galeri. Pada tahun 2005 saya mula kumpul botol-botol yang ada ukiran dan bentuk berbeza... semua botol-botol itu saya dapat dari tepi pantai atau pemberian orang ramai... anak dan cucu saya juga mula menyokong minat saya dan bila jumpa botol yang menarik mereka akan bawa pulang untuk saya.
"Kini di galeri saya ada lebih 4,000 botol yang datang dari seluruh dunia antaranya Korea, Mexico, Perancis dan banyak lagi… sejak galeri rumah botol ini dibuka saya menerima banyak kunjungan daripada pelajar sekolah mahupun pelancong dari luar negara dan tempatan tanpa mengenakan sebarang bayaran," katanya.
Bapa kepada sembilan cahaya mata itu, berkata setiap botol mempunyai nilai sentimental yang tersendiri dengan ada antaranya telah hanyut di lautan hampir berbelas tahun termasuk botol yang mempunyai surat di dalamnya.
Beliau berkata ketika mencari botol kaca di tepi pantai berhampiran sebuah universiti awam di Kuala Terengganu lapan tahun lepas, beliau menemui sebiji botol berisi sepucuk surat yang ditulis dalam bahasa Korea dan meminta seorang pelancong Korea ketika itu untuk menceritakan kepadanya kandungan surat berkenaan.
Mengimbas kembali detik-detik awal usaha beliau mengumpul botol-botol terbuang, Tengku Mohd Ali berkata beliau pernah dilabel sebagai kurang siuman dan dianggap dipinggir anak-anak kerana mengutip botol di sepanjang pesisir pantai.
"Setiap pagi selepas hantar cucu ke sekolah saya singgah di pantai Penarik dan berjalan kaki di pesisir pantai hingga ke Pantai Telaga Papan (kira-kira 17 kilometer) untuk kutip botol… jika berjumpa dengan mereka yang kenal saya mereka akan tumpangkan saya balik ke rumah," katanya.
Selain mengumpul botol, Tengku Mohd Ali turut mengumpul koleh kaca (mug), botol minyak wangi dan pelampung pukat yang diperbuat daripada kaca. Kesemuanya, kecuali botol minyak wangi, ditemui di tepi pantai.
Botol minyak wangi pelbagai bentuk yang dikumpul itu diperoleh daripada pelajar kolej ketika beliau bekerja sebagai penyelia di sebuah kolej di Setiu suatu masa dahulu.
Ekoran faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan, Tengku Mohd Ali kini tidak lagi dapat menguruskan galerinya sepenuh masa dan berharap ada dalam kalangan anak-anak mahupun cucunya yang akan meneruskan minat beliau.
"Jika mereka tidak mahu menguruskannya, saya minta mereka serahkan semua koleksi ini kepada pihak muzium untuk diuruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 08 2019
Tengku Mohd Ali memeriksa sebahagian daripada lebih 4,000 botol kaca yang dikumpulnya sejak 2005 ketika ditemui di rumah botol, Kampung Penarik Baru, Setiu, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Klip video anak kucing masuk botol ditonton 49 juta kali
Anak kucing itu dilihat merangkak masuk dari mulut botol dan kemudian membuat pusingan 'U' dan keluar semula dengan menggunakan kaedah sama.
Kualiti minyak masak bungkus plastik setanding dalam botol, bukan kitar semula - POB
Kualiti minyak masak olein dalam bungkusan plastik satu kilogram (kg) yang dijual di pasaran tempatan menepati kualiti ditetapkan dan bukan minyak kitar semula, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawi
Minyak masak botol tidak tetap harga kerana bukan barangan subsidi - KPDNHEP
KPDNHEP menjelaskan, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).
Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
Situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
Amazon mohon maaf, akui pekerja terpaksa buang air kecil dalam botol kerana sibuk bekerja
Beberapa media kemudian mendedahkan ramai pekerja Amazon mendakwa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan botol plastik.
Lidah kanak-kanak tersangkut pada mulut botol minuman
Seorang kanak-kanak enam tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila lidahnya tersangkut mulut botol minuman di rumahnya di Baling pada Rabu.
Lagi air botol pengilang Malaysia dikesan mengandungi bakteria
Satu lagi kiriman air minuman botol ke sini dari sebuah syarikat pengeluar Malaysia telah dikesan mengandungi Pseudomonas aeruginosa iaitu bakteria alam sekitar yang biasa.
Warga emas prihatin kumpul 4,000 botol kaca elak pelancong cedera
Beliau menyimpan pelbagai koleksi botol hanyut yang dikutip sendiri di tepi pantai, dibeli daripada kanak-kanak serta pemberian orang ramai yang mengetahui minatnya itu.
Pecah botol arak: Jamal didenda RM400
Pengakuan itu dibuat ketika sebutan kes kali ketiga di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin sebentar tadi.
Kejiranan Tokyo gempar penemuan tujuh janin dalam botol disembunyi di bawah rumah
Semua janin yang disimpan dalam botol itu disembunyikan di bawah kediaman yang terletak di Bunkyo Ward, Hakusan tersebut.