Tutup

Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau

Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Pertandingan Tilawah Al Quran ini diharap dapat menerapkan nilai murni kepada pelajar dan warga Politeknik Merlimau - Foto AWANI Rangers Politeknik Merlimau
MERLIMAU: Politeknik Merlimau telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al Quran 2019 anjuran Jabatan Pengajian Am sebagai satu usaha untuk mencungkil bakat serta kemahiran pelajar dalam pembacaan Al-Quran untuk diketengahkan dalam pertandingan-pertandingan musabaqah Al-Quran di peringkat yang lebih tinggi.

Pembabitan 50 peserta dalam pertandingan ini dilihat dapat mewujudkan penghayatan yang sebenar terhadap Al Quran dalam kalangan diri pelajar dan pensyarah agar terus membudayakan pembacaan Al Quran dalam kehidupan masing-masing.
Pelajar dari Jabatan Perdagangan, Muhamad Zulhelmi Abd. Razak muncul sebagai Johan Qari dengan markah 89 peratus, manakala Johan Qariah menjadi milik pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu Siti Nur Fatehah dengan markah 86 peratus.

Pertandingan Tilawah Al Quran ini diharap dapat menerapkan nilai murni kepada pelajar dan warga Politeknik Merlimau - Foto AWANI Rangers Politeknik Merlimau
Pengarah Politeknik Merlimau, Rosli Hamid yang hadir dalam majlis berkenaan berkata, suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan

Usaha sebegini diharap dapat menjadikan pelajar-pelajar terdidik dengan amalan mulia dan mampu memupuk keperibadian, ketrampilan dan kepimpinan mereka pada masa akan datang.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dan majlis berkenaan turut dihadiri oleh Mohamad Nazri Ismail, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) bersama Suriati Barning selaku Ketua Jabatan Pengajian Am.


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers daripada Politeknik Merlimau, Melaka.

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.


Tag: AWANIRangers, AWANI Rangers, Politeknik Merlimau, Rosli Hamid, Muhamad Zulhelmi Abd Razak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.